.... MRT: Nurul Izzah Ucap Terima Kasih Kepada Perdana Menteri | AAKJ





Pelancaran fasa kedua Laluan Transit Aliran Massa (MRT) pada Isnin mendapat perhatian ramai termasuklah Nurul Izzah Anwar.

Naib presiden PKR dan ahli Parlimen Lembah Pantai itu pada petang Isnin telah mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah ‘pendekkan perjalanan dari Sungai Buloh ke Kajang’ menerusi satu posting di Twitternya.

Tweet tersebut dilihat menarik apabila beliau turut memasukkan nama bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ibunya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh atas kesalahan liwat selama lima tahun manakala Wan Azizah adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang.

Najib, beberapa hari sebelum majlis pelancaran telah menulis di laman Facebooknya tentang pembukaan MRT yang dipanggilnya sebagai ‘real Kajang Move’ (Langkah Kajang yang sebenar).

- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top