.... Mokhzani Bertemu Penasihat Najib? | AAKJ




Dalam artikel terkini Malaysia Today ada menyebutkan bahawa anak Mahathir, Mokhzani bertemu dengan penasihat PM Najib berhubung isu bapanya yang dilihat semakin hampir untuk mengheret bapanya ke pengadilan.
Anak lelaki Mahathir, Mokhzani, bercakap kepada salah seorang daripada penasihat Najib serta bertanya sama ada mereka serius untuk meletakkan orang tua itu dalam penjara. Mokhzani berkata keluarga telah membincangkan hal ini dan begitu bimbang. Mereka rasa Mahathir telah melampaui sempadan yang tidak berpatah balik dan tidak akan berpaling lagi. Tetapi mereka tidak mahu Mahathir dipenjarakan kerana lelaki tua itu tidak akan dapat bertahan dan mungkin akan mati. Baca seterusnya di SINI.
Mungkin hanya keluarga Mahathir sahaja yang tahu betapa begitu hampirnya pengakhiran Mahathir atau mungkin keseluruhan ahli keluarganya yang sentiasa panas dengan cerita betapa kayanya mereka bermula saat Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Bukan benda baru perasaan ingin tahu macamana kesemua anak-anak Mahathir bertaraf antara yang terkaya di Asia. Namun saat adanya ISA, momokan ngerinya ISA menyebabkan rakyat diketika itu tidak berani membuka mulut.

Malah Mahathir di suatu ketika tidak tahan dengan asakan pembangkang dan juga bisik-bisik orang UMNO akhirnya dilihat terpaksa mengeluarkan senarai nama mereka yang mendapat projek dari Kerajaan BN termasuk memaparkan nama anak-anaknya sekali.

Ketika itu internet terbatas dan tindakan Mahathir dilihat hanya sekadar untuk menutup mulut rakyat yang sedang mengasak beliau mendedahkan kekayaan anak pinaknya.

Isu kroni dan nepotisma di zaman Mahathir di bawa oleh ahli UMNO di Perhimpunan Agong UMNO sekitar tahun 1998. Kalau ianya tidak serius maka isu sebegini tidak akan timbul, Mahathir berjaya melepasi serangan luar dan dalam dan beliau bernasib baik mungkin kerana ISA ada.

Walaupun Malaysia Today tidak menulis bila dan di mana pertemuan antara anak Mahathir dan penasihat Najib namun ianya bukan suatu cerita rekaan Malaysia Today. Keluarga Mahathir dilihat agak tersepit dan kerana itulah kesemua mereka terpaksa berkumpul di London.

Kalau salah dakwaan Malaysia Today maka Mokhzani perlu perbetulkan.







Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    1. Jika ini berita besar, bukankah lebih baik Pegawai Najib terus dedahkan? Apa faedah respon kpd berita yg bukan fitnah, yg jika dilakukan hanya menguntungkan rpk dan Najib saja. Rpk kena buktikan bhw pertemuan tersebut memang berlaku.

      ReplyDelete

     
    Top