.... Bukan MB Boneka DAP, Azmin Dicabar Tunjuk Bukti | AAKJ





Timbalan Presiden PKR, Daruk Seri Mohamed Azmin Ali dicabar supaya mengumumkan sama ada menerima serta bersetuju dengan dasar-dasar yang diperjuangkan oleh DAP bagi membuktikan beliau bukannya Menteri Besar Selangor boneka kepada parti itu.

Cabaran itu dikemukakan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa kerana Mohamed Azmin dilihat memegang jawatan tertinggi dalam pentadbiran Selangor itu bukan atas dasar keupayaan serta kemampuannya sendiri tetapi disebabkan sokongan yang diperoleh daripada DAP.

Malah, kemajuan serta kemakmuran yang dicapai di Selangor sehingga kini jelas bukannya datang daripada hasil usaha Azmin sebaliknya ia telah dilaksanakan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang telah mentadbir negeri ini sejak beberapa dekad yang lalu.

“Beliau (Mohamed Azmin) menjadi Menteri Besar kerana wujudnya sokongan daripada Pas dan DAP sebelum ini. Namun, apabila Pas dilihat tidak lagi memberikan sokongan kepada PKR, maka talian hayat beliau sudah pastinya adalah DAP.

“Maka, saya cabar sama ada beliau boleh berdiri sendiri tanpa DAP. Saya minta beliau supaya menyatakan pendirian sama ada menyokong dan mempertahankan dasar-dasar yang tersurat dan tersirat DAP.

“Kalau tidak, beliau duduk sebagai Menteri Besar Selangor boneka kepada DAP,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Langat di Dewan Insititut Latihan Belia Negara (IKBN), Banting di sini hari ini.

Yang hadir sama pada perasmian itu ialah Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat, Datuk Sulaiman Mohd. Karli dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO bahagian itu, Asuma Beevi Mohd. Sali.

Dalam pada itu, Annuar juga Ahli Parlimen Ketereh itu tidak menolak kemungkinan bahawa rakyat Selangor sebenarnya sedia maklum bahawa tiada satu rekod pencapaian yang boleh dibanggakan sepanjang Mohamed Azmin menjadi Menteri Besar Selangor.

“Sebaliknya kemajuan Selangor yang ada pada hari datangnya hasil usaha serta kecemerlangan UMNO dan BN mentadbir urus negeri ini sejak beberapa dekad yang lalu. Beliau hanya mengambilalih pentadbiran Selangor yang telah sedia ada membangun, bukannya bermula dari sebuah negeri yang susah,” ujarnya.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top