.... MAMPU: Sekatan Terhadap Portal Pro Kerajaan BN Bukannya Portal Yang Kutuk Kerajaan | AAKJ





Agak menghairankan juga sebenarnya apabila melihat segelintir kakitangan awam bertindak seperti gunting dalam lipatan. Mereka menyara kehidupan mereka dengan menerima gaji dari kerajaan yang mentadbir hari ini namun pada masa yang sama, mereka bertindak sebagai ejen pembangkang yang memburukkan kerajaan.

Hal ini sebenarnya amat membimbangkan kerana kesemua lebih 1,6 juta orang penjawat awam merupakan duta-duta kecil kerajaan yang berkhidmat kepada masyarakat. Namun malangnya, ada diantara mereka bertindak menghentam kerajaan walaupun hakikatnya, hampir keseluruhan hidup mereka makan atas hasil upah yang dibayar oleh kerajaan yang bertindak sebagai majikan mereka.


Tertarik dengan isu ini, penulis cuba mencari punca kenapa perkara seumpama ini berlaku. Baru-baru ini, penulis berkesempatana mengunjungi salah sebuah kompleks kerajaan bagi meneliti sendiri kandungan internet yang ada di premis-premis kerajaan di Putrajaya.

Untuk makluman, hampir kesemua premis kerajaan di Putrajaya dibekalkan WiFi secara percuma. Apa yang perlu dimasukkan adalah kata kunci yang turut di sertakan di dalam kandungan internet berkenaan. Paling utama, kesemua kemudahan ini dikawal selia oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Ketika cuba melayari hampir kesemua portal pro kerajaan, penulis mendapati, ianya agak sukar dilayari. Malah, lebih menghairankan apabila ada diantara portal-portal pro kerajaan yang menerangkan visi dan apa sahaja usaha yang kerajaan lakukan, tidak dapat di masuki.

Lebih menghairankan apabila portal-potal pro pembangkang seperti Malaysia Kini, Roket Kini, Malaysia Inside malah Keadilan Daily mudah dilayari tanpa sekatan. Apa yang telah berlaku sebenarnya? Kenapa terdapat sekatan untuk meelayari portal-portal pro kerajaan sedangkan portal-portal pro pembangkang termasuklah akhbar penyebar fitnah PKR, Keadilan Daily, begitu mudah dilayari?


Melihat akan situasi ini, secara amnya, adalah tidak menghairankan sekiranya ada kakitangan awam bertindak menjadi ejen pembangkang di dalam kerajaan. Manakan tidak sistem penapisan yang dibuat oleh MAMPU ini sendiri boleh di persoal. Kenapa perlu menyekat portal-portal pro kerajaan dan membiarkan sahaja portal pro pembangkang meracuni pemikiran penjawat awam?

Jika ada pihak menyatakan ianya adalah kebebasan maklumat, mereka perlu sedar bahawa kesemua portal pro pembangkang memang sudah dikenali sebagai pemfitnah dan ada diataranya sudah didapati bersalah oleh mahkamah. Justeru, kecuaian MAMPU dalam menapis penyebaran maklumat palsu dari media milik pembangkang ini cukup disesali dan memang ada asasnyalah kenapa ada diantara penjawat awam menjadi petualang di dalam kerajaan itu sendiri.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top