.... Malaysiakini Putarbelit Cerita PM Najib Dan Keluarga Naik MRT | AAKJ





Tindakan portal Malaysiakini memutarbelit cerita tentang kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarga meluangkan masa menaiki tren Mass Rapid Transit (MRT) semalam adalah tindakan tidak bijak.

Laporan berkenaan lebih memperlihatkan portal berita itu lebih memihak dan berpihak kepada pembangkang biarpun mereka mendakwa diri mereka bebas dalam membuat laporan.

Dalam artikel portal itu, ada pihak dikatakan telah dipaksa ke bahagian belakang ketika menaiki bas perantara di stesen MRT untuk memberi laluan kepada Najib, keluarga dan para petugasnya.




Menurut seorang pengguna media sosial Facebook, William Cheah, laporan berkenaan disifatkan tidak tepat dan tidak berlaku sebarang paksaan kepada penumpang ketika Najib dan keluarga menaiki tren ataupun bas perantara terbabit.

“Bas berkenaan khususkan untuk program dan kerusi sudah dikhaskan dengan nama. Ia dirancang dan dijalankan dengan baik.

“Betul, kami di bahagian belakang bas tapi itu tidak menjadi masalah, kami suka di sini dapat melihat dengan jelas apa yang berlaku, selesa dan tiada siapa di pihak petugas Perdana Menteri memaksa kami,” kata Cheah dalam statusnya di Facebook.

Dalam status berkenaan, Cheah menganggap Najib dan isteri Datin Seri Rosma Mansor adalah tuan rumah yang baik.

“Mereka beramah mesra dengan semua orang.

“Najib turut memainkan lagu nyanyian Ed Sheeran daripada aplikasi Sportify untuk menghiburkan kami semua,” katanya.

Malaysiakini kemudian cuba mendapatkan maklumbalas dari Cheah dan penumpang lain dalam program berkenaan dan ada beberapa maklumat terpaksa dibetulkan.

Bagaimanapun, dengan ketiadaan wartawan Malaysiakini di dalam program berkenaan kerana ia tertutup kepada liputan media tapi janganlah buat laporan kalau tiada sumber maklumat sahih sebelum itu.

Kemudian, Malaysiakini mengemaskini laporan awal dan kemudian menggunakan ayat ada penumpang diminta ke bas perantara yang akhir sekali kerana diberitahu Perdana Menteri akan menaiki bas berkenaan berbanding ayat awal dipaksa ke belakang.

Malaysiakini akan menulis laporan yang akan memihak pembangkang tanpa usul periksa terlebih dahulu. Bila dah kantoi, baru hendak betulkan dan guna ayat yang lebih cantik dan sopan. – pru14.tv

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top