.... Malaysia Bukan Negara Gagal | AAKJ





Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia bukan sebuah negara gagal dan perlu diselamatkan seperti didakwa pembangkang kerana ekonomi negara kini berada di landasan yang baik malah mendapat pengiktirafan negara luar.

Menurut Perdana Menteri, sedangkan individu berkata demikian yang pernah menjadi pemimpin negara sebelum ini tidak pernah mendapat pengiktirafan tersebut termasuk dari Arab Saudi.

Sehubungan itu, beliau mene­gaskan, tidak perlu untuk pihak berkenaan menyelamatkan Malaysia kerana kerajaan telah berusaha sebaik mungkin memastikan pembangunan negara berada pada landasan yang tepat.

“Sebagai sebuah kerajaan, kita perlu terus berkhidmat dengan sebaik mungkin. Ekonomi negara kita pun Alhamdulillah mening­kat 5.6 peratus pada suku pertama tahun ini.

“Eksport Malaysia melonjak kepada RM80 bilion sehingga Mac lalu yang merupakan sejarah baharu negara selain harga minyak negara yang merupakan ke-10 paling murah di dunia,” katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, di sini hari ini.

Sehubungan itu, kata Najib, rakyat seharusnya melahirkan kesyukuran yang mana sokongan dan dorongan berterusan daripada mereka membolehkan kerajaan menempa masa depan yang lebih cemerlang untuk negara.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan membe­lanjakan RM3 bilion dalam me­laksanakan lima pakej bantuan Aidilfitri sepanjang Ramadan lalu yang dimanfaatkan oleh 9.6 juta rakyat.

“Antara bantuan yang diberikan adalah beras kepada penjawat awam dan pesara, pemberian dividen kepada pekebun kecil, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat kedua kepada tujuh juta penerima dan pembayaran insentif raya.

“Inilah usaha kita yang bukan hanya mementingkan pemba­ngunan fizikal tetapi kesejahteraan dan kebajikan rakyat pun kita jaga. Kalau dahulu orang kata bantuan kerajaan hanya di luar rumah, sekarang ini sampai ke dapur pun kita berikan bantuan,” katanya.

- Bicara News



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top