.... Makin Celaru, Pakatan Rakyat Belum Berkubur, Bila Pula Pakatan Harapan Hidup? | AAKJ






Pakatan pembangkang di negara ini kembali bergoncang apabila dua pihak di dalamnya bertentangan pendapat berkenaan kewujudan Pakatan Rakyat (PR) yang sebelum ini sudah diumumkan berkubur oleh DAP.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali menyatakan bahawa pakatan itu masih wujud dan hidup di Selangor.

‘Dalam konteks kerajaan negeri, Pakatan Rakyat masih wujud kerana ia mandat yang diberikan oleh rakyat, sebagai Menteri Besar Selangor, saya perlu membawa mandat itu,” katanya. Bukan sahaja Azmin, Ketua Pembangkang dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga bersetuju PR masih wujud biarpun di pihak DAP, pakatan itu sudah mati.

Bagi DAP dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution PR sudah tidak lagi wujud di Selangor pada waktu ini.

Mana mungkin jadi begitu kerana pembangkang menang di Selangor melalui parti DAP, PKR dan PAS sehingga berjaya membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lepas.

Salah DAP jugak, apabila mahu melenyapkan PR, mereka tidak putuskan pun hubungan dengan PAS dalam kerajaan negeri kerana hendak jaga kerusi yang dimenangi. Kalau dari keadaan itu, status PR di Selangor memang masih wujud sampai ke hari ini.

Dalam hal Pakatan Harapan (PH) pula, sejak bila sebenarnya ia mula hidup kerana ketika ia diwujudkan dalam keadaan terburu-buru selepas satu mesyuarat berkaitan jangkahayat PR sebelum ini kerana mahu menggantikan PAS dengan parti PAN dalam pakatan pembangkang.

PH kalau dilihat pada rekod ditubuhkan pada 22 September 2015 dengan diwakili tiga parti pada awalnya iaitu DAP, PKR dan PAN selepas mereka menyingkirkan PAS bagaimanapun PAS dikekalkan di Selangor.

Kemudian dalam PH, dimasukkan pula parti oleh Tun Mahathir Mohamad, parti PPBM menjadikan semua parti di dalamnya ada empat.

Sebaik selesai mesyuarat itu pada masa itu, kemudian sudah diketahui wujudnya PH dan ketika itu pihak PAS juga tidak diberitahu sudah disingkirkan dari PR yang lama.

Entah apa drama yang cuba dibuat oleh PKR kerana bertentangan pendapat dengan DAP dalam soal kewujudan PR dan kewujudan PH ini.

Pembangkang hanya menambah kekeliruan kepada rakyat dan dalam pakatan mereka sendiri sehingga masalah dalaman mereka pun tidak akan dapat diselesaikan sehingga ke hari ini. – pru14.tv

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top