.... Mahfuz Dakwa PAS Tiada Maruah Kekal Dalam Kerajaan Selangor | AAKJ





PAS tidak lagi boleh mempergunakan alasan konon menerima mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 untuk terus kekal dalam kerajaan Selangor bersama-sama DAP dan PKR.

Pemimpin PAS tetapi pro-Pakatan Harapan, Datuk Mahfuz Omar mengingatkan PAS cuma dapat mandat rakyat untuk berada dalam kerajaan Selangor pada PRU ke-13 kerana jalin kerjasama dengan PKR dan DAP ketika itu.

Beliau secara sinis berkata, PAS kemudian memutuskan kerjasama dengan DAP tetapi mempertahan kedudukan dalam kerajaan Selangor dengan alasan Pakatan Rakyat masih wujud kerana masih menjalin kerjasama PKR.

Bagaimanapun, katanya, PAS masih mahu terus berada dalam kerajaan Selangor walaupun selepas memutuskan hubungan dengan PKR melalui keputusan muktamar di Kedah yang disahkan oleh majlis syura ulama parti itu.

“Ya… betul mandat rakyat pada PRU13 untuk Pakatan Rakyat tetapi persoalannya bagaimana pula pimpinan PAS mahu ‘halalkan’ kehadiran keberadaan PAS dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

“Sedangkan kerjasama politik dengan gabungan suara parti-parti pembangkang yang bersama-sama sertai PRU13 sudah terlerai dan ditamatkan oleh PAS dengan alasan yang syarie.

“Ini secara rasminya bermakna ‘parti saya’ (PAS) tidak lagi mempunyai apa-apa ikatan hubungan kerjasama politik dengan PKR dan DAP.

“Semasa ‘parti saya’ memutuskan hubungan dengan DAP, ‘parti saya’ masih kekal dalam pentadbiran kerajaan Selangor atas hujah Pakatan Rayat masih wujud.

“Ini kerana ‘parti saya’ masih ada hubungan dengan PKR tetapi senario kini hanya yang masih ada kerjasama dari Pakatan Rakyat terdahulu ialah PKR dan DAP sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoalkan sama ada PAS bersedia untuk batal keputusannya memutuskan kerjasama dengan DAP dan memeterai kerjasama politik baru dengan PKR dan DAP.

Ia supaya PAS boleh berada dalam kerajaan Selangor secara rasmi dan bermaruah. Beliau merujuk kenyataan balas Setiausaha Agung DAP tidak disahkan jawatan, Lim Guan Eng yang menegaskan Pakatan Rakyat sudah tiada lagi.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang juga Menteri Besar Selangor mendakwa konon Pakatan Rakyat masih hidup dan belum dibubarkan sehingga mencetuskan bahan jenaka dalam kalangan pemerhati politik.

Mengulas lanjut, Mahfuz mendakwa konon rakyat memahami yang ‘menceraikan’ hubungan kerjasama politik dengan PKR dan DAP ialah PAS menyebabkan parti Islam itu ditertawakan kerana dilihat mahu ambil kesempatan.

“Saya berasa terkilan apabila PAS juga dengan rasminya telah melancarkan jentera PRU14 untuk tawan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandang oleh PKR. Tindakan ini menyedihkan.

“Akhir sekali, ingin saya ingatkan jika pembangkang khasnya PAS mahu dihormati rakyat dan parti lawan mestilah sentiasa ‘subur mekar’ amal sikap ‘serumpun bak serai, sesusun bak sirih,” katanya.

Umum namun mengetahui Pakatan Rakyat secara rasmi dibubarkan oleh DAP melalui kenyataan dikeluarkan oleh Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang pada Jun 2015 selepas PAS memutuskan kerjasama dengan DAP.

Tergamam dengan keputusan DAP itu, PKR terpaksa akur bersetuju dengan kehendak DAP menubuhkan blok pembangkang baharu dikenali Pakatan Harapan yang turut disertai ‘serpihan’ PAS, Parti Amanah Negara (PAN).

Sejak itu PKR, DAP dan PAN melakukan serangan bertubi-tubi keatas PAS termasuk menyebarkan dakwaan PAS menerima rasuah RM90 juta bagi memburuk-burukkan imej parti Islam tersebut.

Berikutan itu, PAS membuat keputusan untuk memutuskan pula kerjasama dengan PKR kerana hubungan politik dengan parti berkenaan tidak lagi mematuhi ketetapan Islam.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top