.... Mahathir Tidak Layak Cakap Soal Perubahan | AAKJ







Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad bukanlah individu yang layak untuk bercakap tentang reformasi atau perubahan kepada rakyat di negara ini.

Menyifatkan Dr. Mahathir sebagai ‘singa tua tiada gusi’, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad (gambar) secara sinis menasihatkan bekas Perdana Menteri itu supaya belajar terlebih dahulu bagaimana untuk menjadi pembangkang kerana tindak-tanduknya kini hanya membawa kepada keadaan ‘haru-biru’ dalam golongan penentang kerajaan.

“Singa tua ini kita tak mahu lawan, nak serang pun kesian. Kita hendak lawan dengan orang yang ada kuasa, bukan lawan dengan dia sebab dia bukan ada kuasa dah.

“Tetapi kita dipaksa lawan depa (mereka) kerana mereka ‘sentuh’ kita. Perlu diingat, Mahathir dan konco-konconya masuk keluar UMNO macam biskut. sekejap ada, sekejap tak ada, sedangkan Pas selama ini sentiasa menentang UMNO kecuali dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1974 dan disebabkan itu dia tak 
layak sentuh kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Jalan Datuk Kumbar di sini, semalam.

Tambah Idris, sekiranya Dr. Mahathir ingin ‘bertaubat’, beliau perlu terlebih dahulu mengisytiharkan hartanya sewaktu berkuasa selama 22 tahun.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top