.... Mahathir Terselamat Skandal Sulit | AAKJ



Umur Mahathir sudah masuk 92 tahun hari ini dan angka ini secara lojiknya adalah angka krital dan bukannya angka yang boleh dimegah kononnya "terlalu liat atau kebal" untuk malaikat maut mencabut nyawa.

Mati itu pasti cuma semuanya terserah pada Allah swt. Bukan Malaikat pencabut nyawa yang tentukan namun angka ngeri 92 tahun bukan suatu yang boleh dibanggakan.


Perjalanan hidup kita Allah yang tentukan. Samada dilahirkan dalam keluarga ternama dan berakhir dengan kepapaan atau sebaliknya. Bahkan harum manis nama kita juga Allah yang tentukan. 

Sebelumnya hanya segelintir sahaja yang membenci kita namun di pengakhiran hayat kita, dengan anak pinak sekali menjadi subjek tumpuan majoriti masyarakat. Semuanya yang terkait dengan diri kita menjadi hamunan kebencian. Allah bisa aturkan kesemuanya kerana kita sendiri yang gagal menguruskan perjalanan hidup kita.

Apabila majoriti sayangkan kita, walaupun kita bina KLCC, KLIA dan seumpamanya bukan untuk keseluruhan rakyat mampu 'merasakannya'. kita disanjung oleh majoriti rakyat kerana merasakan itu adalah jasa yang terlalu besar untuk disanggah. Kini? waima dibina reban ayam berhawa dingin untuk rakyat pun, Mahathir tetap akan dianjingkan oleh rakyat Malaysia yang semakin tahu apa sebenarnya Mahathir buat selama 22 tahun.

Anak cucu Mahathir tanpa silu menggayakan hidup bagaikan keluarga Raja Saudi yang kaya raya. Kereta yang harganya mencecah jutaan ringgit dipamerkan di jalanraya. 

Bukan sekadar kereta mewah. Rumah mewah mampu dimiliki bukan di Malaysia tetapi di kawasan termahal di London dan mungkin beberapa negara yang masih menjadi rahsia. Itu antara kemewahan yang biasa ditontonkan oleh mereka kepada rakyat Malaysia.

Tidak terhenti di situ sahaja. Cucu Mahathir turut dikatakan mampu memiliki beg tangan berharga ratusan ribu ringgit walaupun mungkin sekarang sudah bekerja tetapi kerja apa? Kerja perabis harta Datuk dan ayahnya? Atau kalau ada kerja, gaji beratus ribu ringgit sebulan?

Rakyat Malaysia turut dikejutkan dengan pemilikan syarikat oleh Mahathir dan anak-anak. 480 buah syarikat dan kesemuanya mereka kuasai adalah suatu yang menakjubkan. Dari mana datangnya wang ringgit untuk dijadikan modal?

Mahathir mengaku beliau tidak sentuh pun duit gaji selama menjadi Perdana Menteri. Dia guna duit siapa? Adakah makan tengahari sewaktu menjadi Perdana Menteri pun ditanggung oleh rakyat. Makan bersama anak pinak juga turut dibayar oleh rakyat? - tidak sampai RM10 juta pun kalau beliau tidak menyentuh duit gajinya dan bolehkah nilai tersebut untuk menubuhkan 480 buah syarikat anak pinaknya. Kes syarikat anaknya terpaksa dibailout bukan isu rahsia lagi. Ratusan juta duit rakyat jadi taruhan?

Lojikkah kalau kesemua penghidupan hariannya ditanggung oleh rakyat? Atau anak-anaknya yang membayar semua bil makanan dan penghidupan hariannya? Bagaimana dengan lakonan beliau turun membeli juadah berbuka setiap tahun dan membeli songkok baru hari raya? Adakah semuanya duit rakyat? Boleh claim?

Percutian beliau dan keluarga ke Argentina juga baru rakyat tahu. Selama ini rakyat beranggapan beliau hanya pergi bersama isteri. Bagaimana dengan anak pinaknya yang lain, siapa yang tanggung? Banyak lagi yang rakyat Malaysia tidak tahu.

Ini baru secebis kisah dalaman Mahathir yang rakyat Malaysia tidak tahu selama ini. Belum kisah skandal duit rakyat digunakan untuk berjudi matawang asing - Forex Bank Negara yang sudah mula terlondeh dan kerugiannya mencecah RM30 bilion - 3 kali menipu untuk cuba sembunyikan skandal kerugian wang milik rakyat terbesar di dunia.

Ini belum termasuk projek-projek mega yang gagal dan anihnya, yang gagal adalah projek, kroni dan anak pinak yang mungkin terkait semakin kaya. Rakyat Malaysia mula ingin tahu sebenarnya - bukan Skandal Forex Bank Negara sahaja wang rakyat hilang. Bagaimana dengan kisah anak Mahathir dikatakan ancam bunuh diri kalau tidak dibantu? Benarkah wang rakyat digunakan untuk selamatkan anak Mahathir itu? Perlu penjelasan di sini.

Adakah benar Mahathir terselamat dari skandal mega sebegini kerana di zamannya internet slow siput babi atau sememangnya beliau bakal berakhir di penjara kerana di saat umur 92 tahun, internet laju seperti jentera F1, Mahathir tidak mampu lindungi apa yang beliau lakukan selama hidup ini.

Segalanya semakin laju terbongkar...selamatkah skandal-skandal beliau itu?

Tik tok tik tok....bersambung




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top