.... Mahathir Pertaruhkan Bangsa Atau Wang Ringgit? | AAKJ



Pertembungan di pilihanraya umum ke 14 kali ini amat jelas, antara Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO melawan Pakatanpembangkang yang dipimpin oleh cina DAP.

Paling menarik, inilah kali pertama dalam sejarah pilihanraya umum, bekas presiden UMNO akan bersama dengan DAP dan barisan pakatan pembangkang akan bertempur dengan UMNO dan Barisan Nasional.

Cubaan Mahathir dari dalam untuk 'berkuasa di sebalik di sebalik tabir' UMNO menemui jalan buntu. Usaha untuk singkirkan Najib seperti yang beliau lakukan terhadap Pak Lah tidak seperti yang diharapkan malah gagal sama sekali. 

Paling memalukan Mahathir terpaksa ambil keputusan keluar dari UMNO, bentuk parti sendiri dan melawan UMNO - itulah niat sebenarnya pun.

Akhirnya rakyat Malaysia boleh menyaksikan tindakan 'seni politik haiwan' yang Mahathir amalkan selama ini bukan lagi satu fitnah - politik menghalalkan cara. Mahathir menjilat segala ludah dan kahak hijaunya kepada Kit Siang dan Anwar Ibrahim selama ini. Mahathir membuat keputusan - bersama Kit Siang dan Anwar untuk hancurkan UMNO dan BN.

Semalam Aakj ada menulis kemungkinan apa tawaran Mahathir kepada Kit Siang di SINI supaya Kit Siang menerimanya sebagai rakan politik untuk tumbangkan UMNO BN.

Rakyat sedang memerhati seni politik Mahathir. Kalu dahulunya agak sukar untuk membaca pergerakan Mahathir namun sekarang ini, belum pun Mahathir melangkah, rakyat sudah tahu - apa yang Mahathir mahukan sebenarnya.

Kalau bukan kerana ada benda yang tersangat berniali bagi diri dan keluarga - seseorang itu tidak akan sanggup mempertaruhkan maruah diri, keluarga dan bangsa serta agama. Kenapa Mahathir sanggup?

Kalau demi untuk kepentingan ahli UMNO dan BN, Mahathir boleh sahaja melawan Najib dari dalam UMNO seperti apa yang beliau sanggup berhabis sekarang ini.

Kalau benar Najib terbukti bersalah dan Mahathir mempunyai bukti yang amat kukuh, kenapa Mahathir dan anaknya serta kuncu rapatnya, Muhyiddin tidak sanggup melawan Najib dari dalam - hanya perlu tunggu waktu pemilihan UMNO sahaja. Kenapa tidak sanggup tunggu?

Tiada tawaran dari Mahathir yang boleh menarik minat Kit Siang sebenarnya. Mahathir nak tawarkan jumlah kerusi melalui keputusan undian? Berapa banyak orang Melayu yang menyokong Mahathir kecuali yang kenyang ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Melayu lain sudah memahami apa niat Mahathir sebenarnya.

Mahathir pertaruhkan bangsa Melayu atau Mahathir sedang pertaruhkan modal yang besar yang ditawarkan kepada Kit Siang bagi memasti hajat beliau tercapai?

Apalah sangat bermodalkan RM10 untuk dapatkan kembali 10 kali ganda yang masih tersangkut di luar negara!

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top