.... Mahathir Mengaku "Top Dog" Pakatan Pembangkang | AAKJ




Mahathir percaya kedudukannya dalam blok pembangkang secara “tidak rasmi” sama seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Saya salah seorang pemimpin (dalam HARAPAN). Sebagai pengerusi saya akan pengerusikan majlis presiden.

“Dalam hierarki HARAPAN, sayalah top dog (pemimpin dominan),” kata Mahathir dalam sidang media di Putrajaya hari ni.

Minggu lalu, Mahathir diumumkan sebagai pengerusi HARAPAN sementara Anwar Ibrahim dinamakan menjadi ketua umum. Wan Azizah Ismail pula dilantik sebagai presiden gabungan empat parti itu.

Ditanya sama ada tidak ada kuasa yang setara antara ketiga-tiga pemimpin itu, Mahathir berkata negara ini tidak boleh mempunyai tiga orang perdana menteri.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu hanya retorik dan tidak bermaksud beliau mahu menjadi calon perdana menteri.



mkini

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top