.... Mahathir Memang Pakar Pusingan-U Sejak Tahun 1969 | AAKJ





Hati-hati dengan muslihat bekas perdana menteri yang kini merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohammad, kerana pendiriannya boleh berubah-ubah. Selagi beliau tidak dapat apa yang dihajati, selagi itu bekas perdana menteri keempat itu akan bermuka-muka.

Sejarah telah membuktikan, dahulu bekas Perdana Menteri Malaysia 22 tahun itu tidak pernah bersetuju dengan parti rasis DAP dan Lim Kit Siang yang digelarnya “bapa rasis” tetapi hari ini boleh pula berkawan dan berdiri di atas satu pentas yang sama.

Semua orang tahu, dulu Tun Mahathir sering mengutuk parti rasis dan cauvinis DAP. Beliau sering mengatakan bahawa parti itu tidak bagus, DAP mengancam orang Melayu tetapi hari ini segalanya berubah apabila beliau berkawan dengan parti yang didominasi bangsa Cina itu.

Jadi maknanya, Tun Mahathir boleh berubah-ubah pendirian beliau dan bahaya. Seseorang pemimpin yang tidak ada pendirian yang tetap adalah sukar untuk kita berpegang kepadanya sebagai ketua.

Disebabkan itu, Pengerusi UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman mengingatkan rakyat dan juga pakatan pembangkang supaya tidak sewenang-wenangnya terpengaruh dengan ‘wayang’ yang dimainkan oleh Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata Tun Mahathir boleh melakukan ‘pusingan U’ pada bila-bila masa berdasarkan kepada rekod bekas perdana menteri itu sebelum ini.

“Kalau kita lihat tahun 1969 beliau (Dr Mahathir) dipecat daripada UMNO di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman. Kemudian beliau keluar UMNO di bawah kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Beliau masuk balik UMNO bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan kemudian keluar semula UMNO.

“Keluar masuk UMNO ini dah jadi kebiasaan kepada Dr Mahathir, dah tiga kali. Jadi, jangan terkejut masa depan beliau akan masuk balik (UMNO). Senang sangat beliau ‘U-turn’ pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja,” kata Zainal Abidin.

Beliau menyifatkan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir sejak kebelakangan ini sebagai satu ‘wayang’ dan berharap rakyat serta juga pakatan pembangkang tidak mudah mempercayai dakyah itu.

Sementara itu, mengenai isu pemilihan semula anggota DAP seperti yang diarahkan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), Zainal Abidin meminta DAP supaya berhenti daripada menyalahkan RoS sebaliknya segera menjalankan pemilihan semula 20 anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu.

Sudah menjadi kebiasaan parti rasis dan cauvinis DAP terutamanya kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan parti itu untuk meletakkan kesalahan pada orang lain jika berlaku bencana, malapetaka atau perkara yang tidak baik. Kerajaan Barisan Nasional (BN) sering menjadi mangsa fitnah parti itu.

“Apa sahaja yang berlaku di Penang mereka salahkan Barisan Nasional, UMNO dan agensi kerajaan. Ini sudah sinonim dengan DAP. Benda tak baik mereka salahkan orang lain dan yang baik pula mereka punya.

“Jadi, berhenti daripada menyalahkan RoS. RoS adalah satu agensi kerajaan yang mengadakan tatacara dan peraturan seperti yang termaktub dalam undang-undang,” kata Zainal Abidin.

Zainal Abidin menegaskan bahawa RoS tidak pernah pilih kasih dan mengatakan perkara sama juga pernah berlaku pada beberapa UMNO cawangan yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

“UMNO sendiri ada 700 cawangan di Pulau Pinang dan 20,000 cawangan seluruh negara. Setiap tahun kita kena hantar Borang 9 (kepada RoS).

“Tak hantar mereka akan bagi surat amaran. Kalau surat amaran ini kita tak ambil tindakan mereka akan menyahsitakan atau batalkan penubuhan cawangan itu.”

“UMNO kena selalu, banyak juga cawangan kita dibatalkan pendaftaran kerana tak hantar Borang 9. Tapi UMNO tak salahkan RoS. Kita salahkan diri kita sendiri dan kita buat rayuan balik supaya cawangan itu dihidupkan semula,” katanya lagi.

Jumaat lepas, RoS meminta parti rasis dan cauvinis DAP supaya mengadakan sekali lagi pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) baru yang sah dan telus bagi membolehkan para perwakilan memilih 20 anggota CEC yang sah dan diiktiraf.

Pemilihan semula itu diminta dilakukan susulan aduan daripada sesetengah anggota parti berhubung manipulasi undi. Namun, DAP bersikap angkuh apabila Guan Eng dilaporkan berkata DAP tidak akan mengadakan pemilihan semula CEC yang baharu kerana parti itu telahpun berbuat demikian pada 29 Sept 2013. -Utaranews.com

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top