.... Mahathir Bukan Faktor Kemenangan Pilihanraya | AAKJ





Nyawa Mahathir Hanya Pada Drama 1MDB

Aakj dah terlupa bila serangan pertama Mahathir terhadap 1MDB. Serangan yang dilihat oleh segelintir penyokong pembangkang sendiri bahawa ianya benar-benar satu skandal namun majoriti pengikutnya sendiri melihat kisah 1MDB hanyalah satu 'drama', tidak lebih dari itu.

Adengan yang nampak begitu panas adalah slot 'pasukan petugas khas' menyerbu pejabat 1MDB dan apa sahaja pejabat yang berkaitan dengan 1MDB ketika itu. Namun kepanasan babak tersebut tidak bertahan lama dan bukannya menjadi satu babak yang mampu melekat ke dalam otak rakyat Malaysia apabila segala tindakan tersebut dapat dihidu - ianya umpama lakonan yang tidak menjadi.

Kegagalan tersebut mendorong pembangkang cuba menukar 'tajuk' slot serangan kononnya semua pegawai atau individu yang terlibat di dalam adengan tersebut dibuang, pecat atau ditukarkan - walaupun mereka sebenarnya sudah tamat tempoh kontrak menerajui agensi masing-masing.

Hinggakan nama bekas peguam negara ketika itu, Gani Patail dan bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Aktar Aziz dijadikan bahan politik - kononnya mereka ditamatkan perkhidmatan kerana dilihat 'mengepalai' drama 1MDB. Rakyat cuba dibohongi, tamat tempoh kontrak dan tidak disambung berbeza dengan ditamatkan perkhidmatan.

Dari kegagalan slot tersebutlah maka Mahathir dan rakan subahatnya yang lain dilihat semakin tidak keruan dan mula membuka mulut hapak merekayasa slot-slot baharu mengenai 1MDB yang akhirnya membawa kepada pemecatan Muhyiddin Yasin sebagai Timbalan Perdana Menteri, anak Mahathir, Mukhriz dipecat sebagai Menteri Besar dan akhirnya Mahathir bertindak kali ketiga keluar dari UMNO. (Betulkan aakj kalau tersilap bilang dia keluar UMNO)

'Nilai' Saham Mahathir Merudum

Lebih parah dan hilang maruah - apabila Mahathir kali ini bukan sahaja bertindak keluar parti UMNO yang membuatkan beliau boleh menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan anak pinaknya menjadi individu terkaya di Asia, Mahathir menubuhkan parti sendiri yang berlogokan Bunga Raya - PPBM.

Bertambah parah, Mahathir tanpa rasa ada kulit muka, bertemu dan mengadap Lim Kit Siang, minta partinya diterima masuk sebagai ahli bersekutu pembangkang kerana Mahathir jelas tidak yakin beliau dan parti barunya mampu melawan UMNO BN secara bersendirian.

Lebih memalukan, dengan tergesa-gesa beliau menubuh parti dan melambakkan individu yang entah dari mana latar belakang politiknya memegang jawatan tertinggi parti di peringkat pusat. Hanya bersandarkan kelebihan juara debat antara universiti, Mahathir melantik Syed Disko sebagai ketua pemuda parti baharunya. Apa yang budak mentah boleh buat kalau sebutir pasir pun tiada pengalaman berpolitik - menguruskan manusia. Cukupkah dengan mahir berdebat? Masalah rakyat boleh diselesaikan dengan cekap dan pandai debat?

Tambah hina apabila PAS sendiri tidak terliur untuk bergabung dengan parti Mahathir - menunjukkan Mahathir bukan faktor besar yang berguna untuk menang dalam pilihanraya akan datang atau mana-mana pilihanraya pun. Mungkin PAS sudah melihat faktor Mahathir di kedua pilihanraya kecil - Sg Besar dan Kuala Kangsar - nama Mahathir bukan sahaja mampu merenjat jumlah undi BN malah undi kepada BN semakin bertambah.

Mungkin rakyat Malaysia sudah mulai nampak dan perasan bahawa selama Mahathir menyerang Najib, hanya satu sahaja senjata yang Mahathir gunakan iaitu 1MDB. Walaupun jumlah pertuduhan yang dibuat oleh beliau sentiasa berubah, Mahathir tidak malu untuk teruskan serangan. Walaupun jalan cerita 1MDB selalu berubah, Mahathir kekal menggunakan isu tersebut dengan harapan rakyat Malaysia akan termakan umpan fitnahnya.

Perhatikan, sekarang hanya Mahathir dan kuncu partinya sahaja yang fokus menggunakan slot 1MDB sebagai peluru untuk binasakan Najib dan UMNO BN. Sandaran terbaru anda semua tahu bukan - slot DoJ bahagian kedua dijadikan senjata baru dalam siri fitnah 1MDB - dakwaan Doj kali pertama dahulu hilang entah kemana.

Mahathir Mengejar Waktu Seperti Anwar Dengan Kes Liwat Pekerjanya Sendiri

Slot Adengan A

Tuan rumah, Wan Em Dibi beberapa kali menjelaskan bahawa wang di dalam rumahnya tidak hilang, namun Mahathir dan kuncunya cuba memanipulasikan fakta dengan menampakkan wang milik 1MDB ada di seluruh pelusuk kampung. Ada di rumah si A dan beberapa rumah di kampung yang lain lagi. 

Slot Adengan B

Sesiapa sahaja yang berurusan dengan tuan rumah Wan Em Dibi dan didapati bersalah dan kesnya tidak kena mengena sedikit pun dengan Wan Em Dibi akan diheret dan direkayasa kononnya En Wan Em Dibi juga terlibat- Mahathir dan kuncu bodohnya cuba sedaya upaya untuk nampakkan bahawa ianya ada kaitan. Encik Wan Em Dibi berniaga goreng pisang sahaja, tetapi Mahathir dan kuncu bodohnya cuba nampakkan, cuba menanam persepsi bahawa Encik Wan Em Dibi berniaga skim cepat kaya.

Mahathir tidak sedikit pun rasa malu apabila sekutunya yang lain tidak bersungguh dengan drama 1MDB yang dibawanya. Kit Siang sendiri tidak termakan dengan cara Mahathir menyerang Najib. Harapan Mahathir untuk melihat Kit Siang menyerang Najib dengan menggunakan 1MDB sepertimana Kit Siang menyerangnya selama 20 tahun dengan isu skandal Forex Bank Negara tidak kesampaian.

Masa mungkin tidak menyebelahi Mahathir. Anaknya sendiri dikatakan datang bertemu dengan penasihat Najib dan paling mengejutkan perbincangan tersebut dikatakan berkisar isu "pemenjaraan Mahathir" - Baca di SINI.

Lim Kit Siang sedang pening untuk selamat DAP, Mat Sabu hanya mampu mengikut arahan DAP dan Wan Azizah sibuk perkuatkan kedudukan Anwar kerana bimbang Azmin Ali bukan lagi penyokong tegar Anwar - senario ini membuatkan Mahathir agak lama berada di London.

Apa perancangan Mahathir seterusnya? 


Skandal Forex bakal disiasat. Puluhan bilion ringgit wang rakyat hilang begitu sahaja angkara perjudian matawang negara melalui Bank Negara Malaysia.

Rakyat Malaysia mula mendesak agar siasatan rapi dan serius terhadap kekayaan luarbiasa anak-anaknya, kaya mengejut di awal Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Cukupkah alasan seorang anak atau dan cucu tidak boleh balik beraya maka keseluruhan keluarga termasuk Mahathir perlu ke London untik berhari raya atau ada agenda yang lebih besar di sana? Agenda menyerang dengan "kuasa wang"? (sejak bila anak atau dan cucu menetap di London? - Siapa?)

Bagi pembangkang terutamanya Kit Siang, Mahathir bukan lagi faktor kejayaan mereka.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top