.... Mahathir, Anwar, Kit Siang Wajar Berundur Dari Politik | AAKJ





Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, menamakan tiga tokoh politik yang disifatkan wajar berundur dari pentas politik tanah air kerana dianggap akan terus memecahbelahkan rakyat selagi berkecimpung dalam arena ini.

Tokoh berkenaan ialah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad; Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Khairy berkata, Dr Mahathir dan Anwar selaku bekas pemimpin UMNO, dilihat banyak memecah-belahkan masyarakat Melayu untuk kepentingan diri.

“Kit Siang pula mewujudkan perpecahan antara orang Cina dan Melayu, selepas menanamkan pemikiran sempit dalam kalangan rakyat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Sayap UMNO Bahagian Wangsa Maju di sini, hari ini.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, ketiga-tiga individu berkenaan harus memberi peluang kepada generasi muda daripada parti masing-masing supaya ‘masalah lama’ sejak 20 hingga 30 tahun lalu tidak dibawa ke masa depan. “Berilah peluang kita bertanding dalam keadaan aman dan bersaing dalam keadaan sihat,” katanya.

- Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top