.... Logo Pakatan Pembangkang Kena Tukar Lagi? | AAKJ





Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengarahkan Pakatan Harapan yang diketuai DAP menukar logo dan simbol kerana tidak mengikut peraturan permohonan pertubuhan.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pihaknya perlu meletakkan perkataan ‘Pakatan Harapan’ dalam logonya berbanding kini yang hanya tertulis ‘Harapan’.

“Kita akan membuat logo dan simbol yang baharu dalam tempoh dua hari dan kemudiannya akan kemukakan kepada ROS.

“Kami akan mengikuti arahan tersebut dan berharap permohonan dapat diluluskan,” katanya dalam sidang akhbar selepas hadir di Ibu Pejabat ROS di sini hari ini.


Terdahulu, Dr. Mahathir bersama Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia,Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan perlembagaan Pakatan Harapan kepada ROS.

Yang hadir sama, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top