.... Kit Siang Kata MB Kelantan Tak Mampu Tolong Rakyat Masa Banjir | AAKJ





DAP menggariskan empat sebab mengapa rakyat Kelantan akan bangkit menumbangkan kerajaan PAS di negeri itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, sebab pertama adalah kerana kegagalan kerajaan PAS Kelantan menangani masalah banjir di negeri itu termasuk yang terbesar pada tahun 2014.

“Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sendiri terperangkap dalam rumah. Macam mana dia hendak menolong rakyat Kelantan kalau dia sendiri tak dapat tolong diri sendiri.

“Hutang kerajaan Kelantan kepada kerajaan Persekutuan RM1.4 bilion berbanding kerajaan DAP Pulau Pinang RM65 juta yang mana kerajaan Pulau Pinang boleh bayar segera tanpa masalah,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Kit Siang berkata, kerajaan PAS Kelantan kekal sebagai negeri termiskin yang bermaksud hutang besar kerajaan negeri itu kepada kerajaan Persekutuan selama ini bukan digunakan untuk rakyat Kelantan.

Tambah beliau, rakyat Kelantan akan turut menumbangkan PAS kerana parti itu tidak lagi menjadi rakan politik DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Justeru, beliau yakin rakyat Kelantan akan mengundi Pakatan Harapan dalam PRU14. 

– MYNEWSHUB

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top