.... Kezaliman Regim DAP, Kelas KAFA Di Pulau Pinang Turut Jadi Mangsa | AAKJ





Penipuan serta penindasan akan terus dilakukan oleh kerajaan pimpinan parti rasis dan cauvinis DAP terhadap rakyat di negeri Pulau Pinang. Beban kos sara hidup yang tinggi di Pulau Pinang ditambah pula dengan pemerintah yang diketuai oleh DAP langsung tidak memikirkan hal berkaitan dengan kebajikan dan keperluan rakyat.

Kezaliman demi kezaliman yang dilakukan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap rakyat negeri tersebut semakin menjadi-jadi. Kerajaan DAP yang sebelum ini pernah berjanji akan membawa keamanan kepada rakyatnya, namun kini sebaliknya yang berlaku.

Janji-janji manis yang pernah dilaung-laungkan itu semua hanya omongan kosong untuk “pancing” rakyat menyokong mereka sahaja. Bila mereka mendapat mandat, segalanya berubah. Penderitaan demi penderitaan diberi Kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap rakyatnya.

Ini dapat dilihat apabila kelas KAFA di Pulau Pinang turut jadi mangsa kezaliman kerajaan parti rasis dan cauvinis DAP. Kecewa dengan kerajaan negeri. Itu antara status dimuat naik di laman sosial mengenai isu melibatkan penutupan kelas Kafa di dewan Taman Bertam Putra yang didakwa dilakukan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tanpa sebarang notis awal.

Difahamkan, dewan terletak bersebelahan dengan Surau As Salikin, Taman Bertam Putra itu digunakan sebagai kelas Kafa hampir 10 tahun. Namun, MPSP didakwa telah menutup dewan berkenaan dan meminta mana-mana pihak yang mahu menggunakan kemudahan itu agar memohon kepada MPSP terlebih dahulu.

Tindakan itu juga menyebabkan sesi persekolahan tidak dapat dijalankan kelmarin susulan penutupan kelas berkenaan.

Pengerusi Ikatan Guru dan Penyelia Kafa Pulau Pinang, Mohd Naim Salleh berkata, mereka difahamkan pegawai MPSP datang pada Selasa dan memaklumkan dewan berkenaan tidak boleh digunakan tanpa kebenaran.

“Kelmarin pun tak guna dah. Depa juga minta supaya semua kerusi dan meja dikeluarkan. Dalam tempoh berapa lama, saya tak pasti.

“Kita kesal dengan kejadian ni. Sepatutnya kena maklum sekurangnya dua atau tiga minggu sebelum cuti sekolah lagi. Sempat la pihak pengurusan nak atur murid, nak susun kelas.

“Lagi pun dewan ni dah guna sejak 2007, bukan baru ni saja. Kalau kata tanpa kebenaran, takkan sebelum ni MPSP tak sedia maklum tentang ni,” kata Mohd Naim.

Menurut Mohd Naim, mereka juga difahamkan pihak pengurusan Kafa telah meminta kebenaran untuk menggunakan dewan berkenaan daripada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) kawasan tersebut.

Tambahnya, tindakan itu dibuat susulan dewan berkenaan difahamkan telah diserahkan kepada KRT.

“Kita minta kebenaran, surat semua ada. Pengurusan Kafa di peringkat surau, tak berkait dengan jabatan agama. Rasa ralat sebab diberi notis yang singkat, takkan sampai tak ada budi bicara kot. Benda bukan nak buat bagi rosak, cuma belajar saja,” katanya.

Beliau meluahkan rasa kecewa berkata perkara sebegitu tidak sepatutnya berlaku kerana akan memberi kesan kepada murid.

Kata Mohd Naim, Kafa di situ adalah yang terbaik bagi Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) peringkat Parlimen Kepala Batas.

“Saya rasa benda macam ni tak patut berlaku. Kita bukan harapkan pihak kerajaan untuk tutup, patut sediakan tempat lebih baik untuk kelas Kafa ini. Dah la tempat daif.

“Kita pun tau Kafa bukan ada duit pengurusan dibagi sesiapa, macam mana nak sewa tempat? Cumanya difahamkan guru dimaklumkan dewan tu diserahkan kepada KRT, jadi depa buat surat kepada KRT dan KRT benarkan. Tak ada masalah.

“Tak tau pula dewan tu masih bawah MPSP. Kita di sini minta supaya pihak sekolah buat permohonan baru sebab itu isu sebenarnya seperti yang dimaklumkan.

“Sebelum ini murid belajar di surau, tapi bilangan mereka makin bertambah. Sekarang ada 11 kelas dengan seramai 250 murid. Memang kita perlukan ruang yang besar, sebab surau tak mampu nak tampung semua murid yang ada,” katanya.

Berdasarkan sumber, penduduk taman tersebut kini memindah keluar kerusi, meja dan juga peralatan lain, yang kemudian disusun di bawah khemah bersebelahan surau. -Utaranews.com

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top