.... Kerusi Parlimen Permatang Pauh, Wan Azizah Hanya 'Panaskan' Keadaan | AAKJ





Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diselar kerana dilihat tidak menjalankan tugas sebagai wakil rakyat kawasan itu seperti dipertanggungjawabkan oleh rakyat.


Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, rakyat juga sudah muak dengan sikap Presiden PKR itu yang dilihat hanya mahu ‘memanaskan’ kerusi Parlimen tersebut.


Sehubungan itu, beliau melahirkan keyakinan istilah kubu kuat yang sering dirujuk pembangkang khususnya PKR di Parlimen berkenaan akan runtuh dan penduduknya akan melakukan perubahan berdasarkan sumbangan UMNO bahagian itu selama ini.


“Di peringkat Pusat, kita akan berikan perhatian khusus termasuk dari aspek kewangan dan menggerakkan jentera bagi memastikan impian merampas Parlimen ini menjadi kenyataan,” katanya selepas menghadiri Majlis Jamuan Aidilfitri UMNO Bahagian Permatang Pauh di sini hari ini.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top