.... Kepentingan Politik Sendiri: Itulah Perjuangan Sebenar Pakatan Harapan | AAKJ





Pakatan Harapan yang diketuai DAP disifatkan berjuang hanya untuk agenda politik masing-masing bukan demi kepentingan rakyat.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, situasi itu dapat dilihat apabila setiap parti dalam gabungan tersebut menggunakan sesama sendiri untuk kesinambungan politik mereka.

“Kita dapat lihat Lim Kit Siang guna Tun Dr. Mahathir Mohamad, DAP guna Mohamad Sabu dan begitulah sebaliknya yang berlaku dalam pakatan tersebut. Apa yang dilakukan itu hanya demi kepentingan politik mereka sahaja.

“Berbeza dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang terus fokus memperjuangkan nasib rakyat,” katanya kepada pemberita selepas Himpunan Usahawan Sabahat AIM Parlimen Ketereh di dewan Kolej Matrikulasi di sini hari ini.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top