.... Kekejaman Israel Dikutuk MRA | AAKJ





Malaysian Relief Agency (MRA) mengutuk keras pencerobohan rejim Israel ke atas Masjid Al Aqsa yang berlaku sejak 14 Julai lalu.

Presiden MRA, Dr. Mohd. Daud Sulaiman berkata, tindakan tentera rejim itu merupakan satu pencabulan terbesar yang perlu dikecam sehabis-habisnya oleh seluruh masyarakat dunia.

Katanya, kesucian rumah ibadah dalam apa keadaan perlu dihormati dan semua pihak diingatkan tidak bertindak sewenang-wenangnya untuk menangkap dan membunuh mereka yang sedang beribadah.

Menurutnya, di bawah artikel 27 Persidangan Konvensyen Geneva 1949 yang keempat, hak kebebasan beragama bagi setiap individu adalah dituntut dan masing-masing boleh melaksanakan upacara agama tanpa halangan dan sekatan.

“Oleh itu, tindakan rejim Israel ke atas Masjid Al-Aqsa sejak 14 Julai lalu sehingga menyebabkan berlakunya kematian adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

“Tambahan pula, peristiwa ini boleh dikatakan sebagai strategi terancang pihak Zionis untuk mencemarkan maruah umat Islam secara keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Daud berkata demikian ketika mengulas peristiwa berdarah yang berlaku serta cara polis Israel yang menghalang rakyat Palestin menunaikan ibadah di Masjid Al-Aqsa, Palestin.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top