.... Kami Tolak Pihak ‘Halalkan Semua Perkara’ | AAKJ





Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam negara ini supaya menolak pihak-pihak yang menghalalkan semua perkara di atas nama kebebasan.

Menurut beliau, pihak terbabit menghalalkan semua perkara tanpa batas sekali gus menjadikan manusia yang berakal lebih bodoh dan ganas berbanding binatang.

“Mereka berpegang kepada konsep kebebasan yang salah hingga terbabas melampaui batas atau konsep persamaan dalam semua perkara.

“Tanpa melihat adanya sudut fitrah dan kemampuan yang berbeza,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Abdul Hadi dalam pada itu menegaskan, agama Islam tidak lengkap jika dipisahkan daripada urusan duniawi termasuk dalam urusan berpolitik.

Kata beliau, ideologi menentang kemungkaran yang terpisah daripada agama bertuhankan kebendaan semata-mata.

Tegas beliau, Islam wajib dilihat dan difahami secara menyeluruh merangkumi keperluan fitrah dan naluri serta wajib dilaksanakan sepenuhnya dengan sempurna dan tidak dipisahkan antara aqidah, syariat, akhlak dan urusan kehidupan.

“Keadaan di Malaysia sudah ada asas untuk kembali kepada Islam seperti sebelum kedatangan penjajah yang merosakkannya kerana kejayaan generasi awal pejuang kemerdekaan telah meletakkan Islam dalam Perlembagaan Negara,” katanya.

- Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top