.... Imam Wanita Masjid LGBTIQ Buka Cawangan Malaysia | AAKJ





Zuriani Tan Sri Khalid atau lebih dikenali dengan nama Ani Zonneveld yang menimbulkan pelbagai kontroversi sebelum ini termasuk menjadi imam dan bilal wanita di masjid LGBTIQ, telah menubuhkan sebuah NGO cawangan Malaysia. Beliau yang juga merupakan Pengerusi  For Progressive Values USA (MPV-USA) menubuhkan cawangan MPV Malaysia di bawah nama Komuniti Muslim Universal (KMU).

Ditubuhkan lewat 2015, KMU meletakkan 10 prinsip yang diperjuangkan antaranya hak kesamarataan jantina, pengasingan agama dan pentadbiran (prinsip sekular) , serta penglibatan LGBTIQ.

Majlis Pelancaran KMU diadakan di Hotel Federal Kuala Lumpur pada 14 hingga 15 November 2015. Majlis ini yang sepatutnya berlangsung di Hotel Swiss-Garden Kuala Lumpur, diubah ke lokasi Hotel Federal setelah terdapat ura-ura pelancaran NGO penuh kontroversi tersebut mendapat bantahan dari pelbagai pihak.

Menamakan kumpulan COMANGO, Sister In Islam dan IDEAS yang dipengerusikan oleh Wan Saiful Wan Jan sebagai rakan jaringan tempatan pada awal kemunculan KMU, majlis pelancaran tersebut menyaksikan kehadiran Ani Zonneveld (MPV-USA), Reem Sweid (Pengarah MPV-Australia) dan  Afiq M Noor sebagai panel jemputan bagi forum bertajuk “Conference On Countering Radicalisme”. Forum tersebut dipengerusikan oleh Pengarah KMU, Aizat Shamsuddin.

Mengenai usaha KMU menangani ekstremisme , Aizat Shamsuddin yang juga graduan Undang-undang dan Syariah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkata “Ekstremisme tidak hanya merujuk kepada keganasan fizikal.. Ia termasuk menghalang kebebasan bersuara, menyebarkan kebencian sesame lelaki dan wanita, hidup di dalam masyarakat patriakal dan mengikut aturan agama dan percaya bahawa ianya akan membawa mereka ke syurga..”

Pada masa yang  sama, KMU menegaskan bahawa “Kami menyokong hak asasi dan sivil golongan  lesbian, gay, biseksual, transjantina, interseks dan queer. Kami menekankan komitmen  kami untuk menghapuskan diskriminasi berdasarkan orientasi seksual dan identity jantina. Kami juga menyokong penuh kesamarataan dan penglibatan semua individu tanpa mengira orientasi seksual dan identity jantina dalam kalangan masyarakat dan komuniti muslim.”


Sumber: Menara.my    

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top