.... Ikhlas Atau Hanya Sandiwara Politik Dr. Mahathir? | AAKJ





Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu tampil memberikan penjelasan sama ada beliau masih kekal dengan tuduhan pemimpin tidak bermoral terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah dibuat sejak 1998.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat berasa sangsi dengan pendirian Pengerusi Pakatan Harapan itu dan beranggapan ia hanyalah satu sandiwara dan mainan politik yang tidak ada keikhlasan apabila kini beliau memberikan reaksi berbeza terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu, selain sanggup berada dalam satu kapal bersama gabungan parti pembangkang.

Menurut Perdana Menteri, rakyat masih tertanya-tanya jika tuduhan Dr. Mahathir sejak 19 tahun dahulu yang menyatakan Anwar merupakan seorang pemim­pin tidak bermoral kerana melakukan perbuatan luar tabii adalah benar atau sebaliknya.

“Banyak persoalan yang berlegar dalam kepala orang. Pertamanya, adakah Dr. Mahathir masih kekal dengan kenyataan yang dia pernah buat dengan menuduh Anwar melakukan perbuatan luar tabii sehinggakan dia kata Anwar pemimpin yang tiada moral, jadi tidak boleh memimpin negara.

“Jadi, dalam kepala rakyat sekarang ini, apakah tuduhan itu betul pada asalnya atau dia sanggup korbankan prinsip tersebut untuk tujuan politik hari ini ataupun ada muslihat yang lain. Ini semua tidak dijawab oleh beliau sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top