.... Husam Musa Presiden PAN Yang Baharu? | AAKJ



PAN tidak perlu berselindung lagi bahawa mereka hanya sebuah parti yang lahir dari 'hasutan' DAP kerana kekalahan beberapa pemimpin PAS dalam pertandingan di dalam gelanggang sendiri bagi merebut beberapa jawatan tertinggi.

Seperti sudah ada persiapan rapi sekiranya team Mat Sabu kalah dalam pertempuran sama sendiri di muktamar PAS maka akan wujud serpihan, sebuah parti baharu. Dan tanpa menunggu lama, PAN lahir dan sejak kelahiran PAN, rakyat Malaysia sudah boleh melihat PAN ini acuan siapa dan kepada siapa mereka berkiblat.

Mat Sabu dijulang sebagai Presiden parti serpihan PAS tanpa adanya pilihan lain. Ada yang kata perlantikan Mat Sabu adalah di atas perkenan DAP dan ianya bukan sembarangan lantikan. Sumber memjelaskan bahawa hanya yang boleh dicucuk hidung oleh DAP sahaja yang boleh menjadi Presiden parti serpihan PAS tersebut.

Dari sumber lain, perlantikan Mat Sabu hanya seketika kerana menunggu beberapa orang lagi pemimpin kanan PAS yang masih ada keterikatan dengan sumpah ikrar "talaq 3" yang dikatakan bakal habis edahnya sebaik sahaja parlimen dibubarkan dan PRU14 bermula.

Sumber berkata, Mat Sabu hanyalah boneka DAP untuk memimpin sementara sahaja. Rekod buruk Mat Sabu tidak memungkinkan beliau untuk menang walau di mana sahaja atau apa sahaja kerusi yang beliau tandingi. Baik DUN atau Parlimen, Mat Sabu bakal bungkus kalau bertanding.

Kisah skandal Mat Sabu di Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan dengan isteri pemimpin PAS tempatan tidak pernah terpadam dalam memori rakyat Malaysia dan Kelantan sehingga kini. Bagaimana Mat Sabu ingin bersihkan kalau rakaman yang dikatakan suara berahinya masih wujud sehingga kini?

Mat Sabu hanya berguna sebagai lembu laga atau ayam sabung DAP. Keceluparan mulut dan pendek akal beliau cocok untuk menjadi lembu laga DAP. Itu sahaja kelebihan Mat Sabu sehinggalah datangnya pemimpin lain dari PAS.
Dan akhirnya Husam datang tanpa perlu takut dengan sumpah bai'ah talaq 3 kerana Husam dipecat oleh kepimpinan tertinggi PAS.

Kedudukan Husam yang sebenarnya terserlah ketika Kit Siang dengan jelas mengumumkan bahawa Husam akan dilantik sebagai MB Kelantan sekiranya Pakatah Haram Jadah menang di sana. Ini adalah isyarat jelas dari Lim Kit Siang bahawa siapakah sebenarnya  dalang selama ini yang terlibat dalam percaturan menghancurkan PAS dengan wujudnya serpihan parti baharu.

Kalau benarlah Mat Sabu adalah pilihan Lim Kit Siang maka kenapa nama Mat Sabu tidak terpacul dari mulut King Maker DAP? Bukannya Kit Siang dan DAP tidak tahu bahawa Mat Sabu pernah menjadi Ahli Parlimen di kerusi negeri Kelantan. Atau sememangnya Kit Siang, Husam dan Mat Sabu telah merancang perkara ini sejak dari awal mereka keluar tubuhkan parti baru, PAN.

Sehingga saat ini, Mat Sabu hanya berdiam diri. Untuk mencadangkan nama sendiri sebagai MB Kedah pun beliau tidak berani kerana Kit Siang mungkin sudah janjikan tempat tersebut kepada anak Mahathir.

Mungkin bagi Mat Sabu, bekerja dengan Guan Eng anak Kit Siang dengan khabarnya gaji berbelas ribu sebulan sudah memadai kerana namanya sendiri sudah mereput di garis masa politik alaf ini.

Mat Sabu masih ingin nafikan bahawa Husam adalah Presiden baharu PAN?

Baca juga: Husam Calon MB Kelantan Hanya Jenaka Bodoh DAP







Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top