.... Husam Dedah Pemberian Kawasan Hutan Simpan Sejuta ekar Di Kelantan | AAKJ





“Adakah pimpinan kerajaan PAS Kelantan sekarang telah mengagak mereka akan kalah?” kata Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa.

Ia berikutan klausa 24(f) yang terkandung dalam perjanjian antara kerajaan Kelantan dan Climate Protectors untuk perdagangan karbon sejuta ekar hutan Kelantan.

Kata beliau, klausa 24 (f) menetapkan perjanjian kerajaan negeri dengan Climate Protectors tidak boleh diubah walaupun berlaku perubahan parti yang memerintah negeri itu.

Katanya, beliau jarang menemui klausa seperti itu yang memberi gambaran pimpinan kerajaan PAS Kelantan telah mengagak mereka akan kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14

“Kerajaan akan tumbang dan kerajaan baru akan terbentuk? Mereka mahu mempastikan apa yang telah mereka susun tidak boleh digugat? Apa tujuan?

“Climate Protectors pun berfikiran sama? Kerajaan Pas mungkin tumbang tetapi kepentingan kelulusan sejuta ekar mesti diteruskan untuk 30 tahun, ditambah 30 tahun secara otomatik, menjadi 60 tahun.

“Mungkinkah bagi orang politik, ini skim ‘pencen’ mereka? 45 peratus untung bersih bahagian syarikat adalah meliputi ‘pencen’ orang politik?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Husam pada 3 Julai lalu Husam mempersoalkan keputusan kerajaan negeri Kelantan meluluskan sejuta ekar (404,685 hektar) hutan simpan kekal (HSK) untuk projek dagangan kredit karbon kepada sebuah syarikat yang beroperasi secara haram.

Kerajaan PAS Kelantan sebelum ini dilaporkan menjadi peneraju dagangan kredit karbon di Malaysia dalam usaha mengurangkan pengeluaran karbon daripada aktiviti pembalakan tidak terkawal.

Husam berkata, sehingga ini, tiada penjelasan tentang asas pembahagian untung bersih 55:45 dengan semua perbelanjaan operasi dibiayai dari hasil dan syarikat itu mendapat hampir sama bahagian dengan kerajaan.

“Kerajaan memberikan kawasan hutan sejuta ekar sedangkan syarikat nampaknya tidak mengeluarkan apa-apa. Kenapa 55:45? Tidakkah ia begitu besar bagi syarikat? Kenapa tidak bahagian yg lebih besar kepada kerajaan?” katanya. – MYNEWSHUB

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top