.... Husam Calon MB Kelantan Hanya Jenaka Bodoh DAP | AAKJ





Tindakan DAP menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa, sebagai calon Menteri Besar Kelantan, disifatkan sebagai jenaka politik, selain langkah cuba memperbodohkan rakyat Kelantan.

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, berkata DAP yang tidak bertanding di Kelantan cuba menjadi ‘big boss’ dalam Pakatan Harapan dengan mengatur individu yang boleh patuh kepada parti itu.

“Ini jenaka politik…sepatutnya rakyat Kelantan yang berhak menentukan siapa bakal Menteri Besar mereka dan bukannya DAP.

“Rakyat boleh menilai sama ada mereka mahu Menteri Besar yang patuh kepada DAP atau yang boleh menyambung legasi perjuangan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat…saya percaya rakyat Kelantan bijak menilai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, yang menamakan Husam sebagai Menteri Besar Kelantan, sekiranya Pakatan Harapan berjaya menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Terdahulu, Nasrudin meluangkan masa menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang di kediaman ADUN Sanglang, Mohd Shukri Ramli, di sini.

Sementara itu, Shukri yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis, berkata beliau sudah menghantar senarai nama calon kepada PAS Pusat bagi semua 15 kerusi DUN dan tiga Parlimen di negeri ini.

“Setiap DUN dan Parlimen kita hantar tiga nama yang terdiri daripada golongan agamawan dan profesional. Semua mereka adalah anak tempatan.

“Setakat ini kita akan bertanding di semua kerusi dan sebarang perubahan sama ada terdapat rundingan serta kerjasama dengan parti lain, ia akan ditentukan PAS pusat,” katanya.

- Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top