.... Hubungan Suami Isteri Diperkukuhkan Dengan Prinsip TTB | AAKJ





Dalam usaha mempereratkan hubungan suami isteri dalam kalangan rakyat khususnya warga veteran, Kelab NGO Veteran TTB dan Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (ATRA) mengambil inisiatif menganjurkan Lawatan Bermaklumat ke negeri Melaka bermula hari ini sehingga hari Sabtu.

Seramai 160 orang peserta menaiki 4 buah bas daripada 4 buah DUN dalam Parlimen Kuala Nerus telah terpilih mengikuti program ini yang diadakan selama tiga hari dua malam.

Antara pengisian program ini iaiah lawatan ke tempat-tempat menarik di negeri itu dan bakal bertemu dengan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dalam satu majlis yang diadakan pada hari esok.

Menteri Besar yang merasmikan majlis berkenaan di Dataran Permata Seberang Takir berharap program seumpama ini wajar diperbanyakkan di seluruh negeri yang berpandukan Prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) Ke-3 iaitu Keluarga Bahagia Rakyat Sejahtera yang mampu memperkukuhkan institusi kekeluargaan termasuk bagi warga veteran dan golongan warga emas dan ia juga dikenali sebagai Bulan Madu Kedua.

Selain itu kerajaan negeri juga akan meneruskan Majlis Perkahwinan Perdana di seluruh negeri pada tahun ini seperti yang telah diadakan pada tahun lalu dengan penyertaan 50 pasangan bagi setiap DUN bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan melangsungkan perkahwinan.

- Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top