.... Hina Agong : Polis Tahan Pemilik Akaun Facebook - KPN Khalid | AAKJ





Polis menahan pemilik sebuah akaun laman media sosial popular kerana disyaki menghina Yang di-Pertuan Agong di laman sosial itu baru-baru ini.

Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di laman rasmi Twitternya hari ini.

Beliau berkata penahanan pemilik akaun itu dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur dan beliau turut mengucapkan syabas kepada jabatan berkenaan.

Pengguna laman sosial tersebut didakwa memuat naik gambar Sultan Muhammad V yang telah disunting dengan gambar kurang sopan berserta ucapan Selamat Hari Raya pada 25 Jun lepas, yang merupakan hari pertama umat Islam menyambut Aidilfitri.

Bagaimanapun, individu berkenaan difahamkan telah memuat naik kenyataan di laman sosialnya pada 1 Julai lepas menafikan bahawa dia telah menghina Sultan Muhammad V selain telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

- Bernama

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top