.... Hidup Peneroka Daif Di Zaman Mahathir | AAKJ



HARI ini timbul sedikit masalah dengan sebilangan generasi kedua Felda yang semakin jauh dari asal usul. Bertahun-tahun terasa dipinggirkan serta peningkatan kualiti hidup sebahagian daripada mereka, telah menjadikan sesetengah dari kelompok ini, seakan lupa sejarah susah payah membangunkan Felda sehingga mencapai ke tahap hari ini.

Sejak Felda pertama ditubuhkan tahun 1958 di Lurah Bilut, generasi ke dua Felda (anak-anak peneroka asal) semakin berkembang ramai. Kebajikan kelompok ini kurang diberikan perhatian terutama ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri. Jangan kata bagi perhatian, sebelah mata pun tidak diumpamakannya generasi kedua Felda.

Peneroka asal pun Mahathir kurang beri perhatian, generasi kedua pulak lagi.

Hanya setelah Datuk Sri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, barulah nasib generasi kedua Felda dan seterusnya ini, mendapat perhatian penuh dari kerajaan melalui Pelan Induk Transformasi Felda yang dilancarkan Najib pada tahun 2012.

Dibawah pelan. generasi kedua Felda turut dilibat dalam pelbagai program seperti skim perumahan, pendidikan dan ekonomi. Pada tahun 2012, Najib melancarkan projek perumahan generasi kedua Felda yang menyasarkan sejumlah 20,000 buah unit rumah. Setakat ini, hampir 10,000 buah rumah telah dibina atau dalam proses pembinaan.

Sepatutnya lebih banyak lagi rumah generasi kedua Felda ini mampu dibina tapi di negeri-negeri yang diperintah pembangkang, pelbagai halangan diberikan, terutama dalam soal hak milik tanah dan sebagainya.

Projek Sentuhan Kasih Felda pula menumpu kepada untuk meningkatkan ekonomi generasi Felda yang mampu menjana pendapatan sehingga RM 1,500 sebulan.

Sementara dalam bidang pendidikan pula, kerjasama antara Felda dengan Universiti Lim Kok Wing yang berjalan sejak 2005, telah berjaya menghasilkan lebih 2,000 orang graduan Felda memperolehi diploma dalam pelbagai bidang. Bagi yang bernasib baik, ada yang dihantar melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di luar negara melalui kerjasama berkembar dengan universiti yang terlibat.


SUMBER

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top