.... Guan Eng Disaman Gerakan | AAKJ





Parti Gerakan memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng atas dakwaan berulang kali membuat kenyataan fitnah terhadap parti itu dan bekas Presidennya, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Saman fitnah itu difailkan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng di Mahkamah Tinggi di sini kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Bercakap kepada pemberita selepas memfailkan saman itu, Teck Meng berkata, tindakan tersebut diambil berikutan Guan Eng kerap kali memfitnah parti berkenaan bersabit penjualan tanah tambak di Tanjung Tokong (Sri Tanjung Pinang).

“Guan Eng sering menuduh Gerakan Pulau Pinang di bawah pimpinan Tsu Koon kononnya menjual tanah penambakan itu kepada pemaju pada 1990-an dengan harga RM1 kaki persegi untuk keluasan 980 ekar bernilai RM42.7 juta,” katanya.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top