.... Ezam Gagal Cari Makan Melalui Politik | AAKJ



Ezam sudah kaya raya ketika bersama Anwar, orang muda yang mewah dan punyai segalanya ketika itu. Tengoklah rumah besar yang beliau duduki ketika itu.

Cuma beliau nampak akan bertambah mewah kalau dapat bersama UMNO BN dan dia dapat. Tapi Allah nak tunjuk bahawa beliau sebenarnya hanya berkebolehan meniru suara Anwar seperti seekor burung tiong - mampu mempersonakan pendengar hanya untuk seketika.

Apabila kemewahan yang beliau kejar melalui UMNO BN terbongkar dan kebodohan serta tidak tahu menjalankan tanggungjawab yang diberi, Ezam gigit lagi tangan yang menyuapkan beliau bersama anak bininya.

Sepatutnya ketika beliau dilantik menjadi Senator, beliau tunjukkan dengan ikhlas menjelaskan kepada rakyat siapa itu Anwar Ibrahim memandangkan beliau adalah pegawai khas yang paling rapat dengan Anwar, setiausaha sulit atau apa aakj lupa.

Malah Ezam juga adalah ketua AMK Malaysia. Jadi mustahil beliau tidak ada apa-apa rahsia jahat Anwar untuk didedahkan. Apa Ezam buat selama beliau menjadi Senator? Panaskan kerusi Dewan Negara dan cukup bulan ambil gaji?

Kegagalan berterusan apabila beliau juga memenangi jawatan Naib Ketua Bahagian UMNO Kota Raja. Apa khidmat beliau di sini?

Bertambah gagal apabila beliau dilantik menjadi Pengarah Strategik di Kementerian Kewangan, saat itu isu GST melambung dan beliau tidak berbuat apa-apa.

Berapa banyak lagi peluang yang perlu UMNO BN berikan kepadanya? Ramai juga ahli UMNO kecewa dan marah dengan perlantikan ini. Berapa ramai lagi yang setia dan tidak dilantik di mana-mana jawatan pun tetapi kekal setia?

Ezam tidak berputus asa, dari UMNO BN, beliau cuba melalui jalan haram untuk mendapatkan sebuah parti baru dan melantik diri sendiri melalui berkomplot dengan individu yang desprate membuat keuntungan atas angin menjual parti.

Khabarnya, betulkan kalau aakj silap. Beliau akan di beri RM10 juta sekiranya berjaya mendapat parti tersebut dan menukarkan kepada nama baru dan penukaran itu hanyalah untuk mengabui mata rakyat Malaysia seolah itulah parti yang beliau asaskan.

Mungkin beliau sudah terima sepenuhnya dan cuba menipu mereka yang cuba menjual parti sendiri. Duit yang dapat dirembat seorang diri dan yang lain gigit jari selepas nama beliau berjaya menjadi presiden parti yang dicurinya itu.

Kalau perlantikan beliau di dalam parti tersebut tidak menjadi masalah, kenapa perlu barisan kepimpinan parti NewGen hadir ke balai polis membuat laporan bahawa Ezam menipu dalam perlantikan dirinya?

Ada sumber mengatakan bahawa Ezam belum terima sepenuhnya dana RM10 juta itu kerana proses pengambil alihan parti tidak seperti yang beliau bercerita kepada pembiaya. Mungkin Ezam berbohong kepada pembiaya bahawa semuanya lancar tetapi akhirnya kecoh di tengah jalan. Sudah jadi kes polis.

Bagaimana beliau boleh mengaku bahawa lantikan beliau sebagai Presiden parti itu sah sedangkan tiada ahli mengaku hadir di mesyuarat agung parti tersebut dan menurut sumber, mesyuarat tersebut dilakukan di premis perniagaan jubin seperti yang tertera di dalam kononnya laporan mesyuarat agung luar biasa parti tersebut.

Apalagi episod baru politik Ezam selepas ini? Masuk DAP? Mungkin itulah yang terbaik kalau beliau nak jadi calon dan cari makan melalui politik.

Bullshit!! bila dah keluar baru nak serang UMNO BN kononnya itu dan ini. Kalau dari awal tahu UMNO BN ini tidak betul, buat apa tersengih dan terhegeh datang isi borang UMNO.

Paling lucu, bodoh dan jahat, selepas tidak lagi bekerja dengan Kemententerian Kewangan, beliau masih menggunakan kad isi minyak kerajaan dan bila terbongkar beliau mula gelabah. Maafkan Aakj kalau cerita ini tidak betul.

Baca juga: Ezam Dapat RM10 Juta Untuk Beli Parti NewGen?



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top