.... Evangelis Pernah Cuba Murtadkan Saya – Engku Fauzi | AAKJ





“Sebenarnya, terlalu banyak kes dakyah melalui gerakan evangelisme. Saya sendiri pernah jumpa melalui pengalaman dakwah yang saya jalankan,” kata Pengawai Dakwah Islamic Information & Services Foundation (IIS), Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein. Menurutnya, golongan Kristian ini suka berdialog dengan beliau dan jumlah mereka ini juga sangat ramai. 

Beliau berkata, apa yang suka diingatkan, gerakan Kristianisasi ini perlu menghormati perlembagaan dalam menjalankan aktiviti dahyah mereka dan jika melanggar perlembagaan mereka boleh dikenakan tindakan tegas. Engku Fauzi yang aktif menjalankan urusan dakwah Islam berkata beliau pernah beberapa kali cuba dimurtadkan. 

“Ketika itu saya di Terengganu, pihak evangelis ini diketuai oleh seorang Pastor menghampiri saya dengan tujuan mendakyah saya termasuk untuk berkongsi maklumat selain menceritakan kebaikan agama Kristian dengan bersemangat,” katanya. 

Menurutnya, dalam perdebatan dengan Pastor Kristian itu, beliau berjaya mematahkan hujah-hujah yang dilontarkan sekaligus mematikan hasrat mereka untuk memurtadkan saya. Persoalan mengenai siapa yang menyokong gerakan-gerakan ini Engku Fauzi menjawab bahawa biasanya dalam agama Kristian, setiap penganutnya diwajibkan untuk berdakyah kepada seluruh manusia. 

“Namun, tidak dinafikan pihak ini disokong oleh satu badan yang melaburkan sejumlah dana termasuk pihak gereja sendiri,”katanya. Beliau menyatakan bagi golongan yang sudah Islam pula, biasanyanya mereka ini kebanyakannya terlibat dalam persekitaran sosial yang tidak sihat dan tidak Islamik termasuklah suasana di rumah, masalah kewangan, gaya hidup dan sebagainya. 

“Misalnya, orang Islam yang ibu bapanya tidak solat dan dia sendiri tidak tahu solat, dengan kata mudahnya Islam hanya pada keturunan sahaja, tidak dipratikkan dan dihayati Islam itu di landasan yang sebenarnya.” Kata beliau lagi, aktiviti lainnya ialah dengan melayari website-website yang bercanggah dengan kefahaman sendiri mengenai Islam sehingga menimbulkan kecelaruan Aqidah dan keliru dalam menemukan jawapan tentang ajaran Islam itu sendiri sehingga menjurus kepada Murtad. 

“Pada dasarnya, golongan murtad ini boleh diselamatkan tetapi mengambil masa yang panjang untuk dipulihkan semula aqidah mereka,” tambah beliau lagi. Beliau juga berkata bahawa para evangelis tidak membawa bible ketika aktiviti kebajikan sedang dijalankan, cuma mereka menunjukkan akhlak yang baik bagi mempengaruhi golongan tersebut. 

“Pada padangan saya, kita sebenarnya kurang berdakwah dan tidak berkongsi Islam dengan orang lain sekaligus, tidak menjalankan aktiviti sunnah itu yang disarankan Nabi SAW.” Menurutnya, orang Islam sangat kurang menziarahi orang-orang susah selain tidak banyak menghulurkan bantuan apabila golongan-golongan ini memerlukannya. 

“Maka, kesempatan itulah yang digunakan oleh golongan evangelis untuk mengambil peluang meluaskan dakwah mereka terhadap prospek yang dikenal pasti,” katanya sebagai mengakhiri perbualan.

- Menara.my

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top