.... Duhai Pengikut TWT_LGBT, Kamu Semua Tidak Berdosa – Numan Afifi | AAKJ





Mantan Ketua Organisasi DAPSY Subang, saudara Numan Afifi membuat dakwaan bahawa ianya tidak menjadi kesalahan untuk mengamalkan perbuatan LGBT. 

Beliau membuat dakwaan tersebut di laman twitter beliau pada 12 Julai baru-baru ini. 

Selain daripada itu, Numan Afifi juga berpendapat bahawa terdapat manusia yang menerima LGBT seadanya dan menyayangi golongan ini. 

Antara lain menurut Numan Afifi, kecenderungan mereka bukan satu penyakit dan mereka sepatutnya berbangga atas apa yang mereka lakukan. 

“Kamu seharusnya tahu bahawa terdapat manusia yang menyayangi dan menerima kamu seadanya, kamu tidak berdosa, kamu tidak sakit, kamu tidak bersalah. Berbanggalah!” 

Numan Afifi juga telah meletak jawatan sebagai salah seorang pengajar di Sekolah Demokrasi anjuran DAP berikutan kontroversi majlis Iftar GAY yang timbul baru-baru ini. 

Beliau memaklumkan bahawa tujuan perletakan jawatannya ialah supaya aktivisme yang dijalankan bersama kumpulannya tidak dipengaruhi politik. 

Walaupun telah mengambil keputusan untuk meletak jawatan, Numan Afifi masih mengekalkan keahliannya sebagai ahli DAP.

- Menara.my

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top