.... Di Terengganu, PAN Kuasai Kerusi Pakatan Harapan | AAKJ





Semalam jelajah INVOKE di negeri Terengganu yang telah menampilkan barisan penceramah dari pakatan harapan negeri Terengganu dan juga pusat.

INVOKE sebuah NGO politik yang diterajui ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dari PKR yang menjelajah seluruh negara dengan sebuah lori serba guna yang mana menggunakan tema ‘Bina Semula Negara’ (apa yang hendak dibina?).

Ngo tersebut juga mempunyai dana dan aset nilaian jutaan ringgit yang dikatakan hasil dari duit rakyat Selangor yang telah disalahgunakan untuk tujuan politik.

Semalam juga tersebar satu senarai persetujuan pembahagian kerusi dun dan parlimen Terengganu dari pakatan harapan .

Antara pembahagian kerusi parlimen AMANAH – 3, PKR – 3, PPBM – 2 dan bagi kerusi dun pula AMANAH – 13, PKR – 8 PPBM – 9 serta DAP – 1 kerusi yang turut diakaui oleh sumber PPBM Besut.

Manakala senarai penuh kerusi tersebut turut didedahkan kepada umum seperti mana berikut yang juga menampilkan kekuatan Amanah di Terengganu.

Menurut sumber pihak parti AMANAH di Dungun dan PPBM di Besut, pembahagian kerusi DUN dan Parlimen gabungan parti Pakatan Harapan di Terengganu untuk PRU ke 14.

Katanya, setakat dipersetujui sehingga 28 Julai 2017. Namun, belum muktamad 100%.

Sehingga kini, parti DAP yang menjadi komponen dalam Pakatan Harapan membuat keputusan untuk t
bertanding di dun Bandar Kuala Terengganu.

P.33 Besut – PPBM
N.1 Kuala Besut – AMANAH
N2. Kota Putera – AMANAH
N3. Jertih – PKR
N.4 Hulu Besut – PPBM

P.34 Setiu – PKR
N.5 Jabi – PPBM
N.6 Permaisuri – PPBM
N.7 Langkap – AMANAH
N.8 Batu Rakit – PKR

P.35 Kuala Nerus – PPBM
N.9 Tepuh – PPBM
N.10 Teluk Pasu – AMANAH
N.11 Seberang Takir – PKR
N.12. Bukit Tunggal – AMANAH

P.36 Kuala Terengganu – AMANAH
N.13 Wakaf Mempelam – PKR
N.14 Bandar – DAP
N.15 Ladang – PPBM
N.16 Batu Buruk – AMANAH

P.37 Marang – AMANAH
N.17 Alur Limbat -PKR
N.18 Bukit Payung – AMANAH
N.19 Rhu Rendang – AMANAH
N.20 Pengkalan Berangan – PPBM

P.38 Hulu Terengganu – PKR
N.21 Telemong -PKR
N.22 Manir – AMANAH
N.23 Kuala Berang – PPBM
N.24 Ajil – PPBM

P.39 Dungun – AMANAH
N.25 Bukit Besi – AMANAH
N.26 Rantau Abang – PPBM
N.27 Sura – PKR
N.28 Paka – AMANAH

P.40 Kemaman – PKR
N.29 Kemasik – PPBM
N.30 Kijal – AMANAH
N.31 Cukai – PKR
N.32 Air Putih –AMANAH

Jumlah Pembahagian Kerusi Parlimen

AMANAH – 3
PKR – 3
PPBM – 2

Jumlah Pembahagian Kerusi DUN

AMANAH – 13
PKR – 8
PPBM – 9
DAP – 1

- Terengganu Times

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top