.... Dewa Hindu Berselindung Di Sebalik Ayat Suci Al-Quran | AAKJ





Mengejutkan! Hiasan ayat al-Quran yang biasanya digantung di dinding rumah masyarakat Islam ditipu apabila berselindung di sebalik gambar Dewa Hindu. 

Menerusi video yang dihantar ke Ismaweb.net, ia menunjukkan suara lelaki dan perempuan sedang membuka beberapa keping hiasan dinding yang mengandungi ayat al-Quran. 

Video berdurasi 46 saat itu menunjukkan pihak tidak bertanggungjawab melekatkan ayat Al-Quran yang dicetak dalam bentuk pelekat, kemudian menampal pelekat tersebut di bawah poster dewa agama hindu. 

Seorang wanita dalam video itu menasihatkan orang Islam agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan penipuan seperti yang dialami mereka. 

“Ada yang memperbodohkan orang Islam. Sesiapa yang beli kena ‘check’ Kalau tengok ada benda macam ni jangan beli,” kata lelaki dalam video berkenaan.

- Menara.my



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top