.... DAP Tetap Tuan Besar Sebenar Pakatan Pembangkang | AAKJ





Ketiga-tiga parti Melayu dalam Pakatan Harapan boleh terus bermimpi untuk mengetuai gabungan tersebut namun hakikat bahawa DAP merupakan tuan sebenar kepada mereka tetap tidak akan berubah.

Naib Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pelbagai cara dilakukan tiga parti itu bagi menonjolkan kekuatan masing-masing tetapi masih gagal mengekang peranan dimainkan DAP sebagai parti yang paling dominan dalam pakatan tersebut.

“Kita sudah tahu dalam senarai pemimpin Pakatan Harapan yang diumumkan, DAP tidak memegang jawatan utama. Tetapi dia tetap dalam kesebelasan utama permainan politik pakatan ini.

“Cuba tengok bagaimana dia datang ke Kelantan dan mengumumkan Datuk Husam Musa sebagai calon Menteri Besar. Jadi saya kira rakyat dah boleh faham percaturan dimainkan DAP ini.

“Tidak dapat tidak, rakyat perlu tolak DAP demi menafikan agenda dibawa mereka iaitu satu ideologi yang bertentangan de­ngan Perlembagaan negara,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika menghadiri majlis Mesra Aidilfitri Urusetia Belia dan Sukan (Ubes) Kelantan Bersama Warga Media Kelantan di sini hari ini.

Majlis tersebut diserikan de­ngan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood serta Presiden Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi), Zailani Abd. Rahman.

Ahmad Fadhli mengulas mengenai kecelaruan dihadapi parti-parti dalam Pakatan Harapan apabila mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata, organisasi baharu Pakatan Harapan boleh disifatkan tidak mempunyai hala tuju jelas apabila gagal menentukan siapakah di antara tiga individu terbabit merupakan pemimpin nombor satu.

Dalam perkembangan ber­kaitan, beliau mempertikaikan keikhlasan Dr. Mahathir menerima Anwar yang pernah dianggap tidak bermoral menjadi sekutu politiknya.

“Setahu saya, Dr. Mahathir tidak pernah sebut secara jelas bahawa Anwar tidak bersalah. Perkara ini secara tidak langsung menunjukkan beliau tidak pernah kesal membawa Anwar ke penjara dengan pendakwaan sedemikian rupa,” katanya.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top