.... DAP Bimbang Dinasti Berakhir | AAKJ





Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilihat tidak akan mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) seperti yang diarahkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kerana bimbang dengan kehancuran Dinasti Lim.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berpendapat, Kit Siang tahu penguasaan Dinasti Lim di dalam DAP akan berakhir jika pemilihan semula CEC itu dijalankan ke­rana para perwakilan pasti akan menolak dirinya serta anak beliau, Lim Guan Eng.

“Kit Siang tahu tempatnya akan digantikan oleh Naib Pe­ngerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw yang merupakan seorang pe­mimpin yang dihormati di dalam serta di luar parti.

“Malah, Kit Siang telah meng­gunakan pelbagai cara untuk memastikan Dinasti Lim kekal berkuasa dan disebabkan itu Kit Siang tidak pernah berhasrat untuk akur dengan arahan ROS ini.

“Saya berani bertaruh Kit Siang dan Guan Eng tidak akan melakukan pemilihan semula CEC DAP, malah mahu ROS mengharamkan DAP,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Tunku Abdul Aziz, Kit Siang akan menjadikan tindakan ROS itu sebagai permainan politik yang memihak kepada dirinya kerana terlalu terdesak untuk mengekalkan kuasa Dinasti Lim.

Bagaimanapun katanya, tindakan itu juga akan me­nyebabkan calon-calon DAP tidak dapat bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

“Kit Siang boleh selamatkan DAP hanya dengan akur kepada arahan ROS tetapi dia memilih untuk tidak melakukannya.

“Ini kerana Kit Siang mahu Dinasti Lim menguasai DAP selama-lamanya dan dia yang akan menjadi punca kepada kegagalan calon-calon DAP bertanding pada pilihan raya umum nanti,” ujarnya.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top