.... DAP Ada Niat Tutup Felda? | AAKJ





5 Mac 2017, Kit Siang ada kata dalam Malaysiakini bahawa DAP tidak akan tutup Felda jika menang di Putrajaya. Boleh percayakah apa yang DAP cakapkan ini?

Kalau tidak ada angin, masakan tiba tiba pokok bergoyang dan bercakap hal mengenai hendak tutup Felda? Entah entah betul DAP hendak tutup Felda.

Dalam kenyataan itu juga, Kit Siang berjanji mahu menjadikan Felda lebih baik daripada sekarang ini. Ini hanya janji dan harapan kosong Kit Siang sahaja.

Peneroka Felda usah terpedaya dan termakan dengan umpan DAP ini. Parti sendiri yang ada 2,600 perwakilan pun, DAP tidak boleh jaga dan buat mesyuarat, ada hati hendak ganggu 112,635 orang peneroka Felda.

Felda yang ada sekarang sudah berusia 61 tahun, jauh berkali ganda lebih baik berbanding penubuhan awalnya pada 1956 dahulu. Kini generasi ketiga Felda sedang merasai nikmat hasil kepayahan awal peneroka Felda generasi pertama dahulu.

Dari Lurah Bilut, kini Felda sudah menjadi satu jenama besar di dunia.
FGV semasa disenaraikan pada 2012 di Bursa Malaysia bermula dengan nilai tawaran awal RM2.19 billion dan berjaya mengumpul RM10.4 billion.

Penyenaraian FGV pada 2012 ini merupakan penyenaraian saham yang terbesar di Asia dan kedua di dunia selepas Facebook pada 2012.
Pembangkang bantah penubuhan FGV ini.

DAP dan pembangkang memang selalu membantah apa sahaja usaha baik yang dilakukan oleh kerajaan BN terhadap peneroka Felda. 14 Julai 2012, pembangkang anjur "Perhimpunan Oren untuk Selamatkan Felda", di luar masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta untuk membantah penyenaraian FGV.

Ini usaha jahat yang dilakukan oleh pembangkang agar pelabur tidak berminat dengan saham FGV. Sama seperti apa Rafizi cuba lakukan baru baru ini, untuk mensabotaj penyenaraian Edra di bursa saham.

Sejak disenaraikan di Bursa Malaysia sejak 2012, pendapatan FGV adalah seperti berikut :

* 2013 : RM 12.658 bilion
* 2014: RM 15.26 bilion
* 2015: RM 15.67 bilion
* 2016: RM 17.3 bilion

Semakin tahun semakin meningkat, ini bermakna tuduhan pembangkang bahawa FGV rugi adalah tidak benar. Bermula dengan RM10.4 billion pada 2012 menjadi RM17.3 billion pada 2017.

Jika dengar cakap pembangkang, peneroka Felda mungkin tidak dapat menikmati hasil daripada penyenaraian tersebut.

Apa jasa DAP dan pembangkang? Mereka hanya pandai menjaja cerita fitnah menerusi ceramah sahaja menjelang PRU14 ini. Muncullah trak Rafizi membawa seribu janji dan harapan palsu. Sedangkan Rafizi sendiri terlibat dengan kes mahkamah dan sudah lebih 10 kali kantoi membuat fitnah di negara ini.

Rafizi ada hati hendak ganggu Felda.  Belajarlah dulu dari kisah Mazlan dan Wan Azizah yang telah pun disaman oleh Felda. Pada 22 dan 29 Jun 2010, Suara Keadilan menyiarkan artikel fitnah  bertajuk 'Felda Bankrap' dan artikel berserta gambar bertajuk 'Kontroversi' dan 'Bina Bangunan RM662 Juta Hanya Libatkan Tiga Individu'.

Empat tahun lepas itu barulah bekas editor 'Suara Keadilan', memohon maaf kepada Felda berhubung penerbitan dua artikel itu. Namun saman tetap berjalan dan pada 13 Februari 2017, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Wan Azizah, Presiden PKR dan dua yang lain membayar ganti rugi berjumlah RM70,000 kepada Felda.

Mazlan Aliman, AJK Parti PAN pula disaman kerana menerbitkan buku bertajuk ‘Felda...Dulu Tolong Sekarang Ah Long’. Pada 11 November 2016, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Mazlan Aliman untuk mengenepikan arahan membayar ganti rugi RM350,000 kepada FELDA kerana memfitnah. Sampai sekarang Mazlan Aliman masih belum membayar saman fitnah RM350,000 itu.

Sebelum Rafizi hendak bercakap hal Felda, sebelum DAP hendak menyibuk hal Felda, eloklah bayar hutang saman fitnah terlebih dahulu kepada Felda. DAP memang ada niat hendak memecah belahkan peneroka Felda.

Oleh kerana itulah DAP menaja parti baru iaitu parti PAN dengan menjadikan Felda sebagai kawasan sasaran PAN. Malah parti tajaan DAP itu turut meniru warna Felda, sebagai warna parti mereka.

Memang DAP ada niat untuk menawan 54 kerusi parlimen yang majoritinya adalah peneroka Felda. Mengapa DAP minat sangat pada Felda? Kerana aset dan nilai Felda yang banyak dan cukup tinggi.

Lihatlah bagaimana semua tanah di Pulau Pinang habis digadai oleh DAP. Di atas bukit, habis dibotak. Di dalam laut, habis ditambak dan dikorek. Hampir semua tanah habis digadai dan dijual oleh DAP bila mereka memerintah Pulau Pinang.

Felda kawasannya amat luas. Inilah yang membuatkan DAP minat dengan Felda. DAP sudah ada parti PAN untuk memujuk undi Melayu di Felda. Jangan biarkan dakyah DAP ini berjalan di tanah tanah peneroka. Ramai generasi Melayu yang pertama dahulu kenal sangat siapakah generasi pertama DAP ini.

Generasi yang ketiga dan keempat beringatlah. Ambillah pengajaran, lihat kembali sejarah dan dengar maklumat yang sahih. Jangan biarkan semua tanah tanah peneroka Felda ditutup dan digadai oleh DAP.

Jangan biarkan itu terjadi. Felda adalah wilayah BN, jangan sesekali biarkan pembangkang masuk dan menabur fitnah.


Tulisan:
Beruang Biru
BB499, Khamis
13 Julai 2017

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top