.... Cuba Raih Undi Melayu Dengan Sandiwara | AAKJ





Pelantikan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Pakatan Harapan adalah satu sandiwara untuk meraih undi orang Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Zurainah Musa (gambar)berkata, kesepakatan di antara DAP dan PKR menamakan Dr. Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan hanyalah untuk mengaburi kekacauan dan kepincangan dalaman pakatan yang sedang berlaku.

“Jawatan Dr. Mahathir hanya sebagai umpan untuk memancing undi orang Melayu dalam pilihan raya selain keinginan beliau sendiri menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

“Rakyat perlu sedar akan permainan politik pakatan yang hanya berpaksikan kepada agenda peribadi masing-masing dan bukannya untuk berjuang kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zurainah berkata, rakyat perlu menilai dan membuat keputusan dengan tepat untuk memilih parti dan barisan kepemimpinan yang benar-benar terbukti mengemudi negara dengan makmur, harmoni dan stabil.

“Lihat sahaja reaksi suam-suam kuku pemimpin DAP dan PKR tentang kerjasama dengan PPBM lebih-lebih lagi untuk melantik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri juga tidak mendapat kesepakatan semua parti dalam Pakatan Harapan,” katanya.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top