.... Chef Wan Tegur Aliff Syukri Tidak Jaga Imej Sebagai Rakyat Malaysia | AAKJ



TIDAK habis lagi kontroversi jutawan kosmetik ni. Terdahulu, dia pernah dikecam kononnya menyeksa haiwan peliharaannya, Dido.

Terkini, sekali lagi Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman menarik perhatian berikutan satu post yang dikongsi menerusi laman instagram miliknya baru-baru ini.

Siapa yang mengikuti perkembangan jutawan ‘terlajak laris’ ini, pada masa ini dia sedang bercuti di Switzerland bersama keluarganya. Begitu banyak detik percutiannya yang dikongsi buat tatapan para peminat.

Salah satu post yang menjadi perhatian adalah video luahan rasa sedihnya kerana dia sekeluarga dihalau daripada sebuah restoran dan terpaksa menjamu selera di tepi jalan.
Selain netizen, ia juga menarik perhatian cef selebriti terkenal tanah air , Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail untuk tampil menegur tindakan itu kerana ia agak memalukan.

Chef Wan menegur, sebagai seorang figura, Aliff Syukri seharusnya menjaga imej walaupun ketika berada di luar Malaysia.

Malah, menurut Chef Wan lagi, sebenarnya banyak sahaja meja yang disediakan di taman-taman Switzerland bagi kemudahan kepada para pengunjung menjamu selera.

Jadi tidak perlu sehingga makan di tepi jalan seperti itu. Hal berkenaan dikongsi berikutan Chef Wan kebetulan pula sudah berpuluh-puluh kali ke sana.



Kalau difikirkan balik, betul juga apa yang diperkata oleh cef selebriti itu.

Sepatutnya apabila berada di negara orang, tingkah laku kenalah jaga kerana secara tidak langsung kita membawa bersama nama negara, Malaysia. Jangan sampai memalukan negara sendiri.

Harap Aliff boleh menerima teguran itu dengan hati yang terbuka ya! – MYNEWSHUB

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top