.... Ceti Islamik Berleluasa | AAKJ





Menawarkan pinjaman Islamik kepada orang Islam, antara taktik 'along' yang hingga hari ini masih berleluasa melalui poster iklan yang ditampal merata tempat.

Kesal dengan situasi itu, Presiden Majlis Perundangan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid mengatakan bahawa pihak berkenaan tidak menghiraukan sama sekali soal kebenaran atau lesen yang perlu diperolehi sebelum mereka mengiklankan skim pinjaman tersebut.

"Kita gesa pihak berkuasa segera menyiasat dan bertindak jika ada operasi syarikat pinjaman ini yang menyalahi undang-undang".

"Dalam masa yang sama, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga perlu menyiasat samada pemberi pinjaman ini mendapat lesen keizinan dari pihak berkenaan atau tidak" katanya.

Menurut beliau, iklan skim pinjaman yang kononnya Islamik ditampal di beberapa tempat untuk memancing peminjam.

Iklan tersebut didapati cuba menawarkan pinjaman bulanan dengan kadar rendah antara 3 hingga 5 peratus.

Tambanya lagi, syarikat-syarikat dan 'geng' along ini sering menggunakan kata-kata pujukan untuk memerangkap mangsa seperti 'Cepat Lulus', 'Cash Segera' dan 'Dipercayai dan Lulus Cepat'.

"Mereka sengaja menggunakan taktik Islamik supaya orang lebih percaya, namun apakah ini dibenarkan dibawah Akta Bank Islam 1983?" soalnya.

- Manara.my 


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top