.... CEC: Majoriti Ahli Mahu Pemilihan Semula | AAKJ





Majoriti ahli-ahli DAP mahu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) diadakan semula berikutan pemilihan sebelum ini tidak sah kerana gagal mengikut perlembagaan parti dan peraturan Akta Pertubuhan.

Timbalan Setiausaha DAP Ca­wangan Pantai Sepang Putra, R. Thaneswaran mendakwa, pemilihan CEC lalu dimanipulasi oleh segelintir pihak tertentu untuk menyingkirkan pemimpin yang tidak sebulu dengan mereka.

“Hal ini kerana Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng menjadikan parti ini seolah-olah milik keluarga mereka.

“Kami menggesa DAP mematuhi arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan pemilihan dengan menggunapakai senarai perwa­kilan pada 2012,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Thaneswaran, pihaknya sudah tiga kali menghantar surat kepada kepemimpinan DAP agar pemilihan CEC diadakan semula bagi memboleh­kan para perwakilan memilih 20 ahli jawatankuasa secara telus dan sah.

Namun katanya, sehingga kini tiada maklum balas me­ngenai perkara itu diterima sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan akar umbi.

“Jika Kit Siang dan Guan Eng telus, adakan semula pemilihan. Jangan takut melainkan anda bimbang akan kalah,” katanya.

Sementara itu, Thaneswaran mendakwa ahli-ahli DAP sudah tidak menyokong kepemimpinan Kit Siang dan Guan Eng ke­rana bersikap diktator.

“DAP sudah jadi parti anak-beranak. Misalnya kes mahkamah dihadapi Guan Eng, sehingga kini mana ada tindakan oleh parti terhadapnya. Hal ini disebabkan beliau adalah anak Kit Siang.

“Kedua-dua individu ini perlu meletak jawatan kerana mereka tidak layak untuk memimpin dan berada dalam DAP,” ujarnya.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top