.... CEC: DAP Harus Patuh Arahan ROS | AAKJ





DAP perlu patuh dengan arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, DAP telah memberi isyarat tidak baik kepada rakyat sekiranya parti itu tidak menghormati peraturan yang telah ditetapkan.

“Jadi peraturan mesti kena ikut, kalau tidak ikut, buat apa berdaftar dengan ROS. Bagi Pas, kami sentiasa menghormati peraturan yang ditetapkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) Kali Ke-4 di dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini hari ini

Perasmian program selama tiga hari berakhir esok itu disempurnakan oleh Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Semalam, Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah menegaskan bahawa pihaknya tidak berganjak daripada keputusan mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula.

Menurut beliau, sekiranya DAP gagal berbuat demikian, CEC parti itu tidak akan diiktiraf dan kesannya, jawatankuasa tersebut tidak boleh berfungsi secara sah.

DAP menerusi kenyataan Setiausaha Agungnya yang masih belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng sebelum itu terus berdegil bahawa pihaknya tidak sesekali mematuhi keputusan ROS dengan alasan arahan yang dikeluarkan berdasarkan berita palsu.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top