.... CEC: DAP Berkeras Tidak Akan Buat Pemilihan Semula | AAKJ





DAP tetap berkeras untuk tidak mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu dengan alasan arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) adalah berdasarkan berita palsu.

Setiausaha Agung DAP yang masih belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng berkata, arahan ROS juga mengarut untuk dipatuhi oleh parti itu memandangkan tempoh jawatan untuk anggota CEC 2013 akan tamat.

“DAP kini sedang di dalam proses mengatur persiapan untuk mengadakan Kongres DAP bagi mengadakan pemilihan CEC untuk tempoh yang baharu.

“Jadi adalah mengarut jika ROS mahu DAP mengadakan pemilihan berdasarkan senarai perwakilan pada tahun 2012 berbanding 2017,” katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini.

- Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top