.... CAP: DAP Pulau Pinang Digesa Berhenti Rosakkan Cerun Bukit | AAKJ





Kononnya, setiap projek yang dilakukan diberikan alasan kebaikan untuk rakyat dan negeri. Wahal, sebenarnya hanya mengejar keuntungan untuk penuhkan kantung mereka sahaja tanpa memikirkan kesan yang berlaku kepada rakyat dan negeri.

Kemusnahan dan kerosakan yang dilakukan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang akan terus berlaku di negeri Pulau Pinang, jika kerajaan parti rasis dan cauvinis DAP terus diberi kuasa mutlak perintah negeri yang terkenal dengan gelaran Pulau Mutiara itu.

Buktinya sejak parti rasis dan cauvinis DAP memerintah pada tahun 2008, maka bermulalah episod kemusnahan alam sekitar dan kehidupan rakyat Pulau Pinang. Sedikit demi sedikit parti rasis dan cauvinis DAP telah mengundang kemusnahan dan kerosakan kepada negeri dan rakyat di Pulau Pinang.

Jadi, memang wajarlah apabila Kerajaan DAP Pulau Pinang yang dibawah pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng digesa menyemak semula definisi dan garis panduan ‘projek khas’ yang dibangunkan di atas tanah bukit di seluruh kawasan di negeri ini.

Gesaan itu dikemukakan beberapa persatuan penduduk dan Badan Pengurusan Bersama (JMB) di negeri ini, yang khuatir dengan kejadian tanah runtuh di kawasan cerun bukit.

Kata Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris, ia berikutan tiada penjelasan dan definisi khusus dikemukakan untuk pengecualian larangan pembangunan tanah bukit bagi ‘projek khas’ dinyatakan dalam Pelan Struktur 2020 yang diwartakan pada 2007.

“Kerajaan negeri perlu menyemak atau mendefinisikan semula ‘projek khas’ dalam garis panduan berkenaan, selain mewujudkan larangan bagi sebarang projek pembangunan di atas tanah bukit kecuali untuk kemudahan awam yang penting, pada masa hadapan.

“Kerajaan negeri juga perlu menghentikan kelulusan sebarang permohonan bagi pengasingan status ‘tanah bukit’ daripada Akta Pemuliharaan Tanah 1960,” katanya.

Jumaat lalu, cerun bukit berhampiran Lebuh Lebuh Rambai 13 di Paya Terubong, runtuh ekoran hujan lebat sejak awal pagi, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

SM Mohamed berkata, kejadian tanah runtuh itu sekali lagi mendedahkan mengenai bahaya yang akan berlaku sekiranya kelulusan bagi pembangunan di kawasan lereng bukit masih terus diberikan.

“Sebarang projek pembangunan di kawasan yang mungkin menyumbang kepada kejadian tanah runtuh mestilah disiasat dan dipantau dengan segera, selain tindakan pencegahan perlu diambil bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

“Justeru, pihak berkuasa pusat dan negeri serta Majlis Bandaraya Pulau Pinang perlu mengambil tindakan segera bagi memastikan kestabilan cerun, sekali gus mengelak kejadian ini daripada berulang,” katanya.

Terdahulu, seorang penduduk di Paya Terubong, Tan Kwee Lim mendakwa kejadian tanah runtuh bukan pertama kali berlaku sebaliknya kerap berulang sejak kerajaan negeri meluluskan projek pembangunan 47 unit pangsapuri berdekatan kawasan bukit di situ hampir lima tahun lalu.

“Bantahan dibuat tetapi tiada siapa peduli dan mahu menyokong kami kerana projek tersebut telah diluluskan kerajaan negeri walaupun keselamatan ratusan penduduk terancam.

“Pokok ditebang sehingga botak tetapi dibiarkan dan selepas kami membuat aduan, mereka hanya menutup kawasan bekas tarahan itu dengan kanvas,” dakwanya. 

- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top