.... Boleh Menjurus Menghalalkan Zina | AAKJ





Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata mana-mana pihak yang menyokong keputusan Mahkamah Rayuan dengan membenarkan anak tidak sah taraf tidak perlu dibin atau dibintikan dengan Abdullah boleh menjurus kepada menghalalkan zina pada masa akan datang. Malah, kata Harussani, masyarakat di negara ini tidak harus mempertikaikan keputusan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menetapkan mana-mana anak yang dilahirkan tidak saf taraf perlu dibin atau dibintikan Abdullah. 

Ini kerana, katanya ia jelas termaktub dalam perlembagaan dan diputuskan oleh pihak Majlis Fatwa Kebangsaan. “Pendapat baharu menjurus kepada menghalalkan zina, pendapat Mufti Perlis ini menghalalkan zina, benda yang diputuskan sejak berzaman tidak boleh ubah, sebab ia berasaskan al-Quran, hadis, ijmak ulama.Kenapa kita nak melawan hadis? “Jadi saya harap ulama-ulama ini harus berhati-hati, kita pakai la ijmak yang telah dibuat berkurun lamanya, orang yang buat hukum bukan sebaranan tapi berasakan al-Quran dan hadis, ijmak dan juga kajian,” katanya. 

Beliau ditemui pemberita semasa menghadiri program perasmian Residensi RAH di Kampung Baru, Kuala Lumpur oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Undang-undang lapuk Harussani mengulas keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan JPN bertindak di luar batasan kuasa apabila menggunakan nama “Abdullah” untuk mendaftarkan nama kanak-kanak luar nikah yang beragama Islam. Selain memutuskan bahawa seorang anak yang dilahirkan di luar nikah boleh bin nama bapa, mahkamah rayuan yang dianggotai panel tiga hakim juga mendapati fatwa mengenainya oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai kuasa undang-undang. 

Mengulas lanjut, Harussani, berkata keputusan mahkamah rayuan jelas membelakangkan agama Islam sedangkan Perlembagaan Persekutuan mengangkatnya sebagai agama rasmi negara. Justeru, mufti Perak itu menasihatkan sesiapa sahaja di negara ini agar terus berpegang teguh kepada ajaran Islam dan tidak terpedaya dengan mana-mana perundangan selain undang-undang berkaitan Islam.”Ikutlah pada Islam, apa yang berlaku itu lihatlah kepada undang-undang Islam bukan undang-undang sivil, atau undang-undang England yang sudah lapuk,” katanya. 

“Dalam perlembagaan kita agama Islam yang dipakai, jadi kenapa mereka nak nafikan keputusan fatwa dan telah digazetkan, keputusan untuk mengikat pendaftaran (JPN), dia mengikat semua, itu sudah ada dalam perlembagaan, macam mana Mahkamah Rayuan sendiri tidak terikat dengan fatwa. “Kita bukan menghina mahkamah tapi perbuatan itu tidak betul, keputusan Mahkamah Rayuan ini yang menghina Islam, menghina perlembagaan itu sendiri, menghina fatwa,” katanya.

- Menara.my

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top