.... Boikot Penyenaraian EDRA, Rafizi Sabotaj Ekonomi Negara | AAKJ





Naib Presiden PKR, Rafizi Ram­li sekali lagi melampaui ba­tas dan berniat jahat cuba mensabotaj ekonomi negara apabila menggesa in­stitusi da­na di Malaysia memboikot cadangan penyenaraian Edra Power Holdings Sdn. Bhd. (Edra) di Bursa Malaysia dengan mengaitkan syarikat berkenaan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rah­­man Dahlan dalam satu ken­ya­taan hari ini berkata, me­lalui Edra, 1MDB berjaya me­lengkapkan sasaran untuk melakukan pembaharuan terha­dap industri Penjana Kuasa Be­bas (IPP) yang perjanjian konsesinya sebelum ini sering dikatakan berat sebelah oleh pembangkang.

Beliau berkata, ironinya perjanjian konsesi berat sebelah itu ditandatangani ketika pentadbiran negara di bawah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini bersama pembangkang.

“Selepas 1MDB menyertai perniagaan IPP, kerajaan telah me­mulakan tender terbuka pertama bagi Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) pada 2012 dan secara kon­sisten 1MDB menawarkan bidaan paling rendah bagi pembaharuan perjanjian tersebut. Langkah 1MDB itu sekali gus membantu mewujudkan bidaan lebih rendah dalam kalangan pembida yang lain.

“Hasilnya, ke­ba­nya­kan PPA yang sebelum ini berat sebelah ber­u­bah menjadi lebih adil, malah analisis bank pelaburan men­gesahkan dalam lapo­ran masing-masing ba­hawa perjanjian menyebelahi syarikat konsesi bagi IPP ha­nya tinggal sejarah,” kata­nya.

Semalam, Rafizi menyeru institusi pelaburan awam dan dana awam terutama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Mara dan semua pelaburan lain untuk memboikot dan menjauhi penyenaraian saham Edra bagi mengelakkan terjebak kali kedua dalam masalah membabitkan 1MDB.

Tegas Abdul Rahman, Rafizi perlu dimaklumkan bahawa penjimatan daripada kadar PPA yang lebih adil kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan subsidi gas Petronas kepada kerajaan itu diunjurkan bernilai hingga RM200 bilion bagi tempoh 20 tahun akan datang.

Katanya, usaha itu dapat dilihat cu­kup ketara ketika ini berbanding men­ca­tatkan kerugian dan me­merlukan bantuan kerajaan seperti yang berlaku pada masa lalu apabila terma dan kadar PPA yang adil melibatkan 40 peratus daripada kos telah menyumbang kepada keuntungan TNB.

“Bil subsidi gas Petronas bagi 2015 pula adalah satu per tiga daripada yang perlu ditanggung pada 2012. Ini adalah penjimatan sebanyak RM10 bilion. Penjimatan besar ini pula dibelanjakan bagi pembangunan dan kebajikan rakyat manakala kerajaan mengekalkan kadar elektrik rendah untuk dinikmati semua.

- Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top