.... Bina Semula Negara: Kekayaan Anak, Kroni Semakin Menyusut? | AAKJ



Mahathir mahu pengikut dan rakan sekutu politiknya menganggap beliau hebat dalam mencipta 'slogan perang'. Kalau dahulunya beliau terkenal dengan slogan 'Setia' dan kini baru faham kenapa beliau menggunakan slogan tersebut - rupanya kedudukan politiknya begitu goyah dan Tengku Razaleigh Hamzah begitu popular untuk ambil alih tampuk kuasa.

Setiap hari berkumandang di radio dan TV lagu 'Setia' dan Mahathir juga ada buat road show dengan jenama 'Semarak'. Ketika itu Aakj terlalu muda untuk memahami seni silat politik. Sekarang baru nampak jelas. Apabila UMNO dan BN sudah tidak berguna lagi - Mahathir akan cari kuda baru untuk penuhi apa yang masih belum tertunai bagi diri, anak-anaknya dan kroninya.

Ketika Mahathir membiarkan sahaja UMNO asal diharamkan, ketika itu bagi Aakj, UMNO hanya menurut atau akur dengan perintah RoS. Tapi apabila DAP boleh bermain dan mempermainkan RoS dan kesalahan DAP lebih berat dari kesalahan UMNO. baru faham kenapa Mahathir tidak bersungguh pertahankan UMNO asal yang dibina atas niat suci, memerdekakan Malaysia dari penjajah.

UMNO baru yang Mahathir wujudkan hanyalah untuk membuang mana-mana ahli UMNO yang tidak menyokongnya.

UMNO baru yang Mahathir tubuhkan tiada niat lain - hanya untuk 'kegunaan' Mahathir, anak-anaknya dan kroninya sahaja. Mereka menjarah kekayaan yang ada di negara ini dan hasilnya - anak-anak Mahathir adalah antara individu yang terkaya di Malaysia dan di Asia. Kroni Mahathir juga di kedudukan yang sama dengan anak-anak Mahathir.

Kini sebaik sahaja Mahathir datang kepada pakatan haram jadah yang diketuai oleh DAP, Mahathir bukan dengan tangan kosong tetapi Mahathir datang dengan slogan - "Selamatkan Malaysia". Ada yang kata slogan ini datang dari Rafizi tetapi penganut Mahathir ingin nampakkan bahawa slogan perang ini datang dari Mahathir.

Slogan "Selamatkan Malaysia" diuji di pilihanraya kecil parlimen Sg Besar dan Kuala Kangsar serta di pilihanraya negeri Sarawak - keputusannya rakyat menolak penjualan slogan yang tersiratnya untuk selamatkan Mahathir, Kit Siang, Anwar dan kroni-kroni mereka sahaja.

Kini Mahathir datang lagi dengan slogan terbaru - "Bina Semula Malaysia" dan sekali lagi penganut Mahathir nampakkan bahawa slogan ini juga datang dari otak karat Mahathir. Namun yang jelas adalah dari Rafizi dan lori badutnya (innalillah - insiden malang, penceramah Rafizi mati sebaik sahaja berceramah di atas lori badut tersebut).

Bina semula negara atau bina semula kekayaan anak-anak Mahathir, Kit Siang, Anwar dan kroni? Jangan ingat Mahathir dan anak-anaknya sahaja yang kaya raya dengan mempunyai 480 buah syarikat. Anwar dan Kit Siang bersama anak pinak mereka pun antara yang terkaya juga di negara ini malah di Asia.

Khabarnya berlaku penyusutan harta kekayaan yang ketara kepada mereka yang tersebut dan yang jelas ada yang bakal ke penjara apabila didapati bersalah melakukan rasuah serta mencuri duit rakyat!

Mereka belum puas mengaut kekayaan dengan menggunakan nama parti!

Najib sedang membaiki segala kerosakan yang ditinggalkan oleh Mahathir, baca di SINI.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top