.... Berpolitik: Jemaah Haji Dapat Duit RM500 Diminta Doa Pemimpin Selangor | AAKJ





Jemaah haji Selangor yang menerima pemberian insentif khas RM500 oleh kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor diminta mendoakan kesejahteraan dan keamanan kepada pimpinan Selangor sewaktu menunaikan ibadah haji tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, jemaah haji Selangor diharap mendoakan supaya pimpinan negeri itu dapat terus memberikan perkhidmatan di negeri itu.

“Saya sangat mengalu-alukan dan menyambut baik keprihatinan kerajaan Selangor dalam meraikan para Jemaah Haji Muassasah Negeri Selangor bagi tahun ini dengan pemberian insentif khas sebanyak RM500 seorang.

“Pemberian insentif khas ini yang akan diselaraskan di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) adalah sebagai tanda kepedulian dan penghargaan kerajaan Selangor kepada rakyat Selangor.

“Saya mengharapkan agar jemaah haji Selangor akan dapat mendoakan kesejahteraan dan keamanan kepada pimpinan Selangor untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi membangunkan dan memakmurkan Selangor,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Yunus berkata, syarat-syarat yang ditetapkan adalah warga Malaysia, nendapat tawaran Lembaga Urusan Tabung Haji, bermastautin di Selangor dan mendaftar haji di mana-mana pejabat cawangan Tabung Haji di Selangor.

Beliau bagaimanapun mengingatkan segala dokumen-dokumen yang dikehendaki perlu disahkan serta diserahkan ke Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Pejabat Penyelaras DUN Selangor.

- Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top